ad ld

Pages

Saturday, July 17, 2010

Harga Proton Exora Baru

PROTON Holdings Bhd sedang berunding dengan institusi kewangan untuk menawarkan pakej pinjaman menarik dan berdaya saing kepada pelanggannya untuk meringankan beban mereka berikutan kenaikan kadar faedah pinjaman baru-baru ini.

Perbincangan mengenainya sedang berlangsung dan diharapkan ia dapat dimuktamadkan minggu depan, kata Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir selepas majlis pelancaran Proton Exora versi dipertingkatkan di Shah Alam, Selangor, semalam.

Kadar faedah sewa beli untuk kereta nasional ketika ini antara 3.85 peratus hingga 4.1 peratus untuk tempoh pembayaran balik sembilan tahun.

Mengenai Exora versi dipertingkatkan itu, Syed Zainal berkata, ia masih mengekalkan enjin 1.6-liter Campro CPS transmisi manual (M) dan automatik (AT), tetapi ditampilkan dengan pelbagai pembaharuan. Pembaharuan itu ialah pada kemasan dalaman, stereng dan pemegang pintu bahagian dalam bagi semua varian ditawarkan, iaitu Base-Line (B-Line), Medium-Line (M-Line) dan High-Line (H-Line).

Bagaimanapun bagi varian H-Line, ia menampilkan lebih banyak peningkatan termasuk kemasan panel, lampu kabus dan ruang simpanan barang. Warna baru turut diperkenalkan untuk varian M-Line dan H-Line, iaitu Plum Red di samping rim aloi 15 inci baru serta kemasan body kit menyeluruh.

Harga atas jalan untuk warna metalik di Semenanjung ialah RM58,998 bagi B-Line MT), RM65,998 (M-Line MT), RM70,998 (M-Line AT) dan RM76,998 (H-Line AT), iaitu kira-kira RM1,000 lebih tinggi berbanding model sedia ada bagi setiap varian. - bharian

-- Klik SINI utk Gambar, Harga Proton Inspira 

No comments: