ad ld

Pages

Tuesday, July 27, 2010

Imam Muda : Hizbur, Asyraf Berpeluang Lanjut Pelajaran Di Universiti Madinah

Dua finalis program realiti Imam Muda bakal menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu). Mereka ialah Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, dan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27. Muhammad Asyraf berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya manakala Hizbur Rahman berkelulusan Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Dua Imam Muda (berbaju biru: Hizbur Rahman Omar Zuhdi (kiri) dan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan) bersama kanak-kanak Rumah Nursalam, di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Yayasan Antarabangsa Al-Madinah, Bahrudin A Rahman di sini hari ini sempena kunjungan kedua-dua Imam Muda berkenaan ke kampus Mediau di sini hari ini. "Yayasan akan menanggung semua kos pengajian kedua-dua finalis ini dan akan memberi sepenuh kebebasan untuk mereka memilih bidang pengajian yang ditawarkan di Mediu.

"Apa yang penting ialah mereka dapat menyambung pengajian mereka. Berapa pun kos yang perlu dibayar, kami akan tanggung," katanya. Di Malaysia, Mediu mempunyai cawangan di Shah Alam selaku ibu pejabatnya dan satu lagi cawangan di Kota Baharu, Kelantan.

Selain itu, ia mempunyai cawangan antarabangsa di Indonesia, Singapura, Thailand, Kuwait, Arab Saudi, United Kingdom dan yang terbaru di Maghribi. Penerbit Astro Raja Idham Raja Mohamad berkata tawaran pengajian itu merupakan antara hadiah utama bagi peserta Imam Muda musim ini. Beliau berkata walaupun kedua-dua peserta itu bakal terikat dengan kontrak bersama Astro selepas tamat program tersebut, namun pihaknya akan memperuntukkan masa kepada kedua-duanya bagi melanjutkan pengajian.

Astro memperkenalkan program Imam Muda menerusi Saluran 106 Astro Oasis. Bagi Muhammad Asyraf dan Hizbur Rahman, kedua-duanya marasa bersyukur dengan peluang yang diberikan itu kerana memang menjadi hasrat mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. "Melanjutkan pengajian memerlukan kos yang tinggi, jadi apabila Mediu tawarkan kepada kami ia adalah sesuatu yang sangat bermakna," kata Muhammad Asyraf. - BERNAMA

No comments: