ad ld

Pages

Tuesday, August 24, 2010

Azrinaz Dapat Injunksi Mahkamah Henti Pengedaran Buku Pembunuhan Michael McGurk

Bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim, dilaporkan berjaya mendapat injunksi mahkamah untuk menghentikan pengedaran buku paling laris mengenai pembunuhan seorang pemaju Sydney, Michael McGurk yang juga pemeras ugut dan penipu. 


Azrinaz yang tinggal di London menggunakan prosiding perundangan terhadap buku tulisan Ritchie Vereker, The Fast Life and Sudden Death of Michael McGurk, yang dijual sejak enam minggu lalu. Buku itu antara lain menceritakan mengenai senaskhah al-Quran mini yang cuba dijual McGurk kepada Sultan Brunei pada harga AS$8 juta (RM25.6 juta) sebagai hadiah perkahwinan kepada isteri ketiganya.

Buku terbabit menceritakan urusan McGurk dengan kerabat diraja itu mengenai al-Quran bersaiz kotak mancis dan juga pertemuan rahsia dengan pegawai Brunei di Singapura. Apabila urusan terbabit gagal, lelaki berkenaan mengheret Sultan ke mahkamah kerana melanggar kontrak tetapi mahkamah Sydney memerintahkan perjanjian itu di luar bidang kuasa mereka. Peguam Azrinaz di Sydney mendakwa, buku terbabit menghina mahkamah kerana mengandungi maklumat yang sebelum ini dilarang diterbitkan oleh seorang hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005, lapor Sydney Morning Herald, semalam.

Azrinaz, bekas seorang pembaca berita TV3 menjadi isteri ketiga Sultan Brunei pada Ogos 2005 tetapi mereka bercerai pada Jun tahun ini selepas pasangan itu dikurniakan dua anak, seorang lelaki pada 2006 dan seorang perempuan pada 2008. Selepas McGurk, 45, ditembak mati di hadapan rumahnya di Cremorne, utara pantai Sydney pada September, satu teori mengatakan, kegagalan urusan jual beli al-Quran itu mungkin menjadi motif kepada pembunuhan beliau.


Tetapi, Vereker, bekas penjual daging Wollongong dan penulis buku memberitahu akhbar bahawa beliau tidak mempunyai hubungan dengan Brunei. Michael mempunyai ramai musuh, peluru itu mungkin dilepaskan oleh sesiapa saja, katanya. Vereker makan tengah hari bersama McGurk beberapa jam sebelum pemaju itu ditembak mati di hadapan anak lelakinya berusia 10 tahun. Beliau tidak dapat membincangkan mengenai perintah mahkamah itu sebelum mendapatkan nasihat guaman daripada penerbitnya, kata Vereker.


Richard Walsh, penerbit bersama Allen & Unwin berkata bahawa syarikat itu akan melantik peguam untuk mencabar perintah mahkamah berkenaan. - bharian


-- (Gambar) Micha Raines Bekas Tunang Putera Jefri Bolkiah Beri Keterangan Di Mahkamah
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai 
-- Gambar Fasha Sandha Di Langkawi 

No comments: