ad ld

Pages

Tuesday, September 28, 2010

Datuk Siti Nurhaliza Mengidam

Apabila tertera sahaja perkataan mengidam, pastinya tidak dapat mengelak dari berbicara tentang wanita hamil. Dalam diam-diam, rupanya penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sedang mengidam. Selalunya, wanita hamil akan mengidam sesuatu yang pelik-pelik. Namun berbeza dengan penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu. Siti sendiri mengakuinya, sewaktu ditemui di rumah terbuka Enfiniti Vision Media, anjuran Datuk Seri Effendi Norwawi dan isterinya, Datin Seri Tiara Jacquelina di Kota Kemuning. Ya, memang benar. Siti sedang mengidam.” ujar Siti membuka rahsia.

Tetapi bukanlah hamil. Sebaliknya, Siti hanya mengidam iPhone 4. Lebih-lebih lagi bila melihat model telefon bimbit pintar kegilaan dunia itu berada di depan mata Siti.” ujar Siti mematikan topik dirinya sedang hamil. Seperti pengguna telefon bimbit pintar yang lain, Siti cukup teruja dengan model terbaru iPhone 4 itu. Jenama terbaru telefon bimbit iPhone 4 dilancarkan Maxis pukul 12 tengah malam, Jumaat lalu di Kuala Lumpur. Kita lihat sendiri bagaimana pengguna jenama itu sanggup beratur panjang Jumaat lalu untuk menyaksikan majlis pelancaran rasmi yang hanya bermula pada pukul 12 tengah malam. Ada yang sanggup menunggu seawal pukul 5 petang bagi menjadi pemilik pertama telefon bimbit itu di Malaysia.” tambah Siti.

Sambil memegang telefon bimbit itu, Siti akui ia satu jenama yang baik dengan keunikan reka bentuknya. Suaminya, Datuk Khalid Mohamed Jiwa yang berada di sisi isterinya tersenyum sinis kerana faham benar impian isterinya itu. Turut hadir ke rumah terbuka itu bersama pasangan tersebut ialah anak mereka, Mohamed Azief yang turut memujuk bapanya membelikannya sebuah telefon bimbit tersebut. Siti percaya apa yang dilakukan Apple adalah untuk kepuasan pengguna jenama mereka. Untuk itu, fasa penyelidikan dan pembangunan sentiasa diteruskan untuk memastikan kualiti produk mereka berada di tahap yang terbaik.” terang Siti lagi bagi menguatkan alasan mengapa telefon bimbit itu sentiasa menjadi kegilaan remaja seluruh dunia.

Siti kini merupakan pemilik setia telefon bimbit jenama iPhone 3GS dan Blackberry Bold yang kedua-duanya digunakan untuk membuat panggilan selain berkomunikasi dengan peminatnya di laman sosial Facebook. Namun demikian, penyanyi yang memiliki pengikut lebih 228,000 itu masih belum memiliki akaun Twitter. - Gua

No comments: