ad ld

Pages

Thursday, September 16, 2010

Gambar Kemalangan Ngeri Ragut 4 Nyawa Termasuk 3Beranak Di Km 394, Lebuhraya Utara Selatan

Empat orang, termasuk suami isteri dan anak lelaki mereka, rentung apabila kereta jenis Proton Persona yang dinaiki terbakar setelah terbabas dan melanggar bahagian belakang lori di Kilometer 394, Lebuhraya Utara Selatan dekat sini Rabu. Dalam kejadian pukul 8.05 pagi itu, kesemua mangsa dikatakan mahu pulang ke rumah di Kota Damansara setelah menghabiskan cuti sempena Aidilfitri di Alor Setar, Kedah.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Azri Ismail, 27, yang juga pemandu kereta, isterinya Suzita Abu Bakar, 25, yang duduk di sebelah pemandu bersama anak mereka, Mohd Amar Haikal, berumur 25 bulan dan seorang lagi yang dipercayai rakan mereka, Mohd Hasnizam Abdul Mutalib, 20, di tempat duduk penumpang belakang.

Kereta yang dipandu itu hilang kawalan dan kemudiannya merempuh bahagian belakang sebelah kiri lori membawa muatan pasir yang sedang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan di rim tayar. Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta terbakar dan kesemua mangsa gagal menyelamatkan diri. - bharian

No comments: