ad ld

Pages

Thursday, September 9, 2010

Keputusan Penuh Bolasepak Kelayakan Euro 2012 9.9.10

Penyerang England, Wayne Rooney terus berbisa apabila menamatkan kemarau golnya bersama skuad Three Lions ketika membantu England mencatat kemenangan 3-1 ke atas Switzerland di Basel dalam saingan kelayakan Euro 2012 bagi Kumpulan G.

Di sebalik masalah rumah tangga yang sedang melanda, prestasi pemain itu tidak terjejas apabila berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam 11 perlawanan antarabangsa termasuk kegagalan di Piala Dunia lalu. Sebelum ini, Rooney turut menamatkan kemarau golnya selama lima bulan bersama Manchester United selepas menjaringkan satu gol melalui sepakan penalti ketika United membenam West Ham 3-0 Sabtu lalu. Wayne Rooney, Adam Johnson dan Darren Bent masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-69 dan 88 manakala tuan rumah mendapatkan gol tunggal melalui Xherdan Shaqiri minit ke-71.

Juara tiga kali, Jerman membelasah Azerbaijan 6-1 di Stadium Rhein-Energie dalam aksi Kumpulan A. Gol Jerman dihasilkan Heiko Westermann minit ke-28, Lukas podolski (45), Miroslav Klose (45 dan 90), Rashad Sadygov (GS) dan Hloger Badstuber (86). manakala, gol sagu hati Azerbaijan dijaringkan Rail Melikov minit 57.

Di Stadium Franchi-Firenze, Itali membenam cabaran Kepulauan Faroe 5-0. Azzurri memperoleh gol melalui Alberto Gilardino (12), Daniele De Rossi (22), Antonio Cassano (27), Fabio Quqliarella (81) dan Andrea Pirlo (90). Karim Benzema dan Florent Malouda menebus maruah Perancis dengan kemenangan 2-0 mengatasi Bosnia & Herzegovina dalam Kumpulan C di Sarajevo. Naib juara Piala Dunia lalu, Belanda berpeluh sebelum mencatat kemenangan 2-1 bertemu Finland di Stadium De Kuip.

Kejutan terbesar berlaku apabila naib juara 2004, Portugal tumbang kepada Norway 1-0 di Stadium Ullevaal Stadion, Oslo hasil jaringan Erik Huseklepp minit ke-21 dan meletakkan Norway berada di kedudukan pertama dalam Kumpulan H.

No comments: