ad ld

Pages

Thursday, September 23, 2010

Rita Rudaini Patut Maafkan Keluarga Kami - Ruzie

Kakak kepada pemain bintang bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak,23, iaitu Ruzie,39, menafikan tuduhan keluarganya tidak boleh menerima perkahwinan kembar pemain bola sepak itu, Aidil Zafuan, 23, dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 37. Ruzie berkata, pada mulanya keluarga mereka terutama ibu dan bapa tidak merestui hubungan tersebut tetapi lama-kelamaan setelah kelahiran anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia lebih setahun, mereka mula menerima Rita. "Ingin saya jelaskan, selepas Rita melahirkan anak sulungnya, mak dan ayah saya ada melawat cucunya di hospital. Kiranya mereka dah terima Rita dan Aidil. "Aidil pun dah balik rumah keluarga kami di Seremban, Negeri Sembilan. Cuma Rita sahaja yang tak pernah nak jumpa kami. Saya pun tak tahu kenapa?

"Sehingga hari ini kami tertanya-tanya sama ada Rita sudah memaafkan kami atau tidak?
"Lagipun keluarga kami dah pun menemui keluarga Rita. Mungkin dia fikir yang kami masih tidak menerima dia sebab kes lama. "Masa Hari Raya pun dia tak balik ke kampung nenek kami di Kedah kerana Rita beraya di rumah orang tuanya di Perlis. Aidil pun tak sempat nak ke Perlis kerana dia ada latihan bola sepak di Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu. Ruzie menjelaskan perkara tersebut selepas timbul isu kononnya keluarga lelaki masih tidak merestui perkahwinan Rita dan Aidil ketika kembar pemain bola sepak itu, Zaquan Adha bakal bertunang dengan pelakon Ayu Raudhah. Menurut Ruzie lagi, sepatutnya Rita sebagai orang yang lebih muda sudah boleh memaafkan keluarganya memandangkan kedua ibu bapanya telah meminta maaf daripada Rita sebelum ini.

Ruzie turut menafikan gosip yang disiarkan sebuah akhbar tabloid Selasa lalu kononnya Rita menghalau ibu bapa Aidil sewaktu berkunjung ke rumah mereka baru-baru ini. "Setakat ini, ibu bapa saya belum lagi pergi ke rumah Rita di Kepong, Selangor. Bila masa pula Rita nak halau mereka? Ibu bapa saya cuma berjumpa dengan ibu bapa Rita di kedai makan sahaja sebelum ini untuk berbincang hal keluarga. "Ada juga gosip mengatakan Aidil tak balik rumah jenguk isteri dan anak. Tapi Aidil sebenarnya telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa. "Setakat ini Aidil tak pernah tak balik rumah walaupun dia habis latihan pada pukul 2 pagi atau 3 pagi," tegasnya
Bagaimanapun, mengenai masalah rumah tangga Aidil pula, Ruzie berkata, Aidil tidak pernah menceritakan masalah peribadinya dengan keluarga. Rita dan Aidil telah bernikah pada pertengahan Februari 2008 di Songkhla, Thailand. Perkahwinan itu pada mulanya mendapat tentangan keluarga pihak lelaki.- mstar

No comments: