ad ld

Pages

Friday, October 1, 2010

Kereta Milik Saiful Bukhari Azlan Hilang Di Medan Tunku

KUALA LUMPUR: Kereta Proton Waja milik saksi utama kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hilang di Medan Tunku di sini, Rabu. Bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim berkata beliau bersama anaknya meninggalkan kereta berwarna perak itu di tepi jalan sebelum keluar makan di restoran berdekatan, dan dia menyedari kereta itu hilang kira-kira pukul 8.35 malam. "Jarak antara kereta dengan tempat kami makan hanya kira-kira 50 meter sahaja," katanya ketika dihubungi. Katanya ketika mereka meninggalkan kereta itu, ada beberapa kereta yang turut diletakkan berdekatan, dan mereka kerap ke kawasan itu untuk makan, namun tiada sebarang kejadian buruk berlaku sebelum ini.

Katanya beliau sudah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. Saiful, 25, menerusi laman twitter pula menjelaskan, kereta itu adalah pemberian arwah ibunya pada tahun 2004.

Saiful merupakan saksi utama dalam perbicaraan membabitkan Anwar, 63, yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini pada 26 Jun 2008, dan perbicaraan kes itu masih berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - mstar

No comments: