ad ld

Pages

Friday, February 4, 2011

Datuk Abdul Ajib Ahmad Bekas Menteri Besar Johor Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR 3 Feb. — Jenazah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ajib Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Maghrib. Sebelum itu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara di sini.

Antara kenamaan yang hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang serta anggota Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Samad.


Najib yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, menyifatkan Abdul Ajib, 64, sebagai tokoh politik tanah air yang banyak menyumbang kepada pentadbiran di peringkat kerajaan negeri serta nasional.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 3.25 petang di Hospital Pakar Damansara akibat sakit jantung dan meninggalkan seorang balu Datin Ropeah Hassan, 60, serta empat anak.

Abdul Ajib menjadi Menteri Besar Johor mulai 1982 hingga 1986. Sementara itu, anak Allahyarham, Ahmad Nazri, 35, berkata bapanya turut menghidap kencing manis serta penyakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis. utusan

-- Maizawati Dakwa Waheeda & Akhil Halang Jumpa Anak
-- Rita Rudaini Patut Maafkan Keluarga Kami - Ruzie 
-- Gambar Nora Danish, Rayqal Dan Jejai Di Jepun 
-- Bekas Suami Daphne Iking Mengaku Jalin Hubungan Dengan GRO Sebulan 
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Harijadi Jejai 

No comments: