ad ld

Pages

Tuesday, March 8, 2011

(Gambar) Geng Wanita Hamil Curi 308 Tin Susu Di Jln Gambang Kuantan Pahang

Kuantan : Macam-macam taktik untuk melakukan jenayah. Terbaru polis negeri ini mengesan wujud satu kumpulan penjenayah yang menyasarkan pelbagai produk susu bayi di pasar raya. Kumpulan penjenayah geng wanita mengandung dikesan aktif mencuri produk susu bayi di pasar raya di sekitar daerah ini sejak sebulan lalu.

Anggota kumpulan itu terdiri daripada lima lelaki dan pasangannya membabitkan lima wanita yang menyamar sebagai perempuan mengandung. Kumpulan suspek itu bergerak secara berkumpulan ketika melakukan jenayah itu.

Modus operandi kumpulan itu adalah memasuki pasar raya yang sentiasa sibuk dengan pelanggan.
Suspek lelaki dengan suspek wanita yang kononnya hamil berpura-pura memilih barang sebelum mereka mengambil produk susu pelbagai jenama dan menyembunyikan dalam baju.

Dalam kejadian terbaru di sebuah pasar raya di Jalan Gambang dekat sini kelmarin, kumpulan tersebut melarikan 308 tin susu bernilai RM6,000 dalam tempoh setengah jam. kosmo

-- (Gambar) Ainul Aishah Kemalangan Langgar BMW, Pelakon Begitukah Cinta
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- (Gambar) Mayat Lelaki Putus Dua Kemalangan Di Jln Lingkaran Tengah MRR2
-- Guru Bersalin Mati Lps 3 Pembedahan, Kain Kapas Dlm Rahim, Suami Saman HUSM

No comments: