ad ld

Pages

Sunday, April 24, 2011

AF 9 Bawa Msk Fina Dan Hazama AF 4, Aida Dan Amir Digugurkan

Akademi Fantasia kesembilan (AF9) membuat kejutan apabila dua pelajar rancangan tersebut iaitu Aida dan Amir digugurkan dalam program itu untuk minggu ketiga. Kedua-dua mereka digugurkan berdasarkan 50 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sementara 50 peratus lagi adalah keputusan pihak juri. Pengguguran itu dilakukan untuk membolehkan para pelajar lain menunjukkan prestasi masing-masing dalam AF9 yang dilihat semakin hilang taringnya.

Keputusan menggugurkan dua pelajar itu membolehkan dua ahli baru dibawa masuk iaitu bekas pelajar AF4 Hazama dan Fina. Ia diumumkan oleh pengacara Aznil Nawawi setelah menerima keputusan tersebut daripada pengetua AF9, penyanyi Amy Search. Amy sempat memberikan amaran kepada dua pelajar baru dan tujuh pelajar yang terselamat daripada penyingkiran agar bersungguh-sungguh menimba ilmu di AF9. Mereka yang terselamat adalah Afif, Erul, Lena, Nera, Azri, Raqib dan Kay setelah Miza disingkirkan kerana mendapat peratusan terendah hasil 100 peratus undian SMS penonton.

"AF bukan tempat untuk bermain tetapi tempat terbaik untuk belajar...," ujarnya secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dari Studio 1, Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu. mstar

-- (Gambar) Majlis Tunang Ashraf Muslim Dan Dayana, Spt Kenduri Kahwin
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Cikgu Syida Kuar Paper, Femes Gilerrr Wooo 
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri

1 comment:

Faidhyna Darwina said...

hnya taw af9 melalui entry org jer hehehe