ad ld

Pages

Thursday, April 7, 2011

(Gambar) Pen Pengarah Kastam Ditemui Mati Jatuh Bangunan SPRM

Seorang Penolong Pengarah Kastam Selangor yang ditahan semalaman pada 1 April lalu bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram ditemui mati di tingkat satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur di Jalan Cochrane di sini semalam.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali memberitahu, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat di Unit Import dan Eksport, Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati pada pukul 10.15 pagi di gelanggang badminton bangunan SPRM oleh seorang kakitangan SPRM.

“SPRM mengesahkan mangsa adalah antara pegawai Kastam yang ditahan pada 1 April 2011 pada pukul 12 tengah hari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor. “Setelah mangsa membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3b iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, dia telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April lalu pada pukul 12.30 tengah hari,” kata Mustafar di tempat kejadian.

Selepas dilepaskan melalui jaminan, mangsa meninggalkan Pejabat SPRM Kuala Lumpur. Namun begitu, Mustafar memberitahu, pada pukul 8.26 pagi semalam, mangsa datang semula ke Pejabat SPRM Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang motosikal Modenas Kriss. Katanya, mangsa datang ke pejabat SPRM itu tanpa mendapat arahan daripada SPRM.

Bangunan SPRM terbabit baru siap dibina dan diguna pakai pada Disember 2010 dan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) termasuk di lokasi mangsa ditemui mati. Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa hadir untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM bagi berbincang mengenai kes terhadapnya tetapi oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, mangsa menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi. kosmo

-- (Gambar) Murid 7 Thn Dipukul Meninggal Dunia, Guru Ditahan
-- Rita Rudaini Berdamai Dgn Mertua: Aidil Kata Damai, Rita Kata Dusta.. Apa Cer?
-- Telefon Bimbit Punca Lelaki Mati Pucuk
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

No comments: