ad ld

Pages

Saturday, May 14, 2011

(Gambar) Lelaki Melecur 50 Peratus Disimbah Asid Di Perlis

Kebiasaannya wanita kerap menjadi sasaran disimbah asid gara-gara cemburu namun lain pula yang berlaku di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini semalam apabila seorang lelaki disimbah asid oleh dua lelaki tidak dikenalinya. Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 24, yang bekerja sebagai pemandu lori berada di rumah seorang diri sebelum dia membuka pintu rumahnya selepas diketuk dua lelaki.

Sebaik pintu dibuka, seorang daripada lelaki itu terus menyimbah asid ke arahnya menyebabkan mangsa melecur 50 peratus pada muka dan sebahagian pinggang. Akibat terkena cecair itu, Muhamad Hanif dikatakan menggelupur dan meraung kesakitan. Muhamad Hanif yang bergegas keluar mencari pertolongan ditemui di tepi jalan kira-kira 30 meter dari rumahnya oleh seorang penunggang motosikal. Semasa ditemui mangsa dalam keadaan separuh bogel kerana pakaiannya melecur.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, motif serangan dua lelaki itu berkemungkinan disebabkan cemburu atau dendam. kosmo

-- (Gambar) Org Ramai Kutip Duit Bertabur Lps Kemalangan Hilux Dan BMW Di Km 234 Highway PLUS
-- Gambar Terkini Gadis 17 Thn Ditikam, Disimbah Asid Di Kg Baru Sg Redan Ulu Tiram Johor
-- (Gambar) Pesta Kaut Beras Di Lebuh Raya, Kemalangan Lori Beras Dan Lori Pasir Di Km 394.4 PLUS
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

1 comment:

tgsaqura said...

senjata asid ni semakin menjadi2...adoii