ad ld

Pages

Tuesday, June 7, 2011

Jurulatih Bola N.Sembilan Didakwa Rasuah, Atur Keputusan Perlawanan

Seremban - Bekas ketua jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan didakwa di Mahkamah Seksyen di sini atas 21 tuduhan memberi rasuah dengan jumlah keseluruhannya RM24,900 kepada para pemain skuad berkenaan untuk mengatur keputusan satu perlawanan pada April lalu.

Yusarman Yusof, 35, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan memberi rasuah berjumlah RM24,900 kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan antara 19 hingga 22 April lalu dibacakan di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi.

Sebelas pemain terbabit ialah D. Adrian, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Muhammad Zaidi Othman, Mohamad Yatim Abdullah, Muhammad Haikal Mohamad Nazri, Norhairi Abd. Rahman, Muhammad Rizqi Azman, Anwarul Hafiz Ahmad, Suhairy Johari, Hamirul Fahamie Abu Yazid dan Mohd. Hafiz Mohd. Nor.

Yusarman dituduh memberi suapan antara RM200 hingga RM2,000 kepada mereka. Ia sebagai dorongan supaya mereka membantu menjaringkan gol dan memberi peluang kepada pemain pasukan bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy menjaringkan gol apabila mendapat isyarat daripada seseorang bagi perlawanan di Stadium Bertam, Pulau Pinang pada 21 April lepas. kosmo

-- Gambar Perkahwinan Ahmad Fedtri TV3 Dan Nur Anati
-- RM400 Tempah Myvi Model Baru Mulai 4 Jun 2011, Pelancaran 16 Jun Di PWTC
-- (Video) Prema Yin: Uols Tgk Sndri Video Ni Unsur Lucah Ke Tak?
-- Gambar Fasha Sandha Di Langkawi

No comments: