ad ld

Pages

Saturday, June 11, 2011

Kelantan Cuti Peristiwa Esok Sempena Piala FA

Wah2 bestnya rakyat Kelate dpt cuti peristiwa esok sempena perlawanan akhir Piala FA mlm ni antara Kelantan vs Terengganu. Tentunya cuti free cmtu dpt semarakkan lg sokongan peminat Kelate sekaligus naikkan semangat para pemain Kelate utk bermain sebaik mungkin dan bergelar Juara Piala FA 2011. Insya Allah.
- Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa esok sempena perlawanan akhir Piala FA Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Sabtu. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Aiseri Alias bagi menjaga keselamatan dan memberi peluang kepada penyokong-penyokong bola sepak negeri itu pulang dengan selesa dari menyaksikan perlawanan berprestij itu.

Katanya, kerajaan negeri mengambil inisiatif mengisytiharkan cuti esok kerana turut meraikan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong bola sepak negeri ini. "Inilah kali ketiga berturut-turut Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa selepas kali pertama muncul naib johan Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 2009,dan johan bertemu Selangor pada tahun lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dengan perisytiharan itu beliau berharap penyokong-penyokong bola sepak Kelantan dan rakyat negeri ini supaya pulang dengan selamat sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur dan tidak terlalu gopoh untuk pulang ke rumah masing-masing. mstar

-- (Gambar) Kaki Jasmin Hamid Melecur Teruk Kena Air Panas
-- RM400 Tempah Myvi Model Baru Mulai 4 Jun 2011, Pelancaran 16 Jun Di PWTC
-- (Gambar) Lisa Surihani Dan Yusry Di Majlis Ulang Tahun KRU Studios
-- (Gambar) Kemalangan Wish Dan Alza Di Km 53 Lebuh Raya Gerik Jeli, 4 Maut 2 Cedera

No comments: