ad ld

Pages

Tuesday, June 14, 2011

Skuad Olimpik Malaysia Kalah Lagi 0-4 Qatar Di Doha

Skuad Olimpik Malaysia yang dalam rangka persiapan menghadapi perlawanan prakelayakan Olimpik menerima tamparan hebat apabila kalah 4-0 kepada skuad Olimpik Qatar pada perlawanan persahabatan di Stadium Al Sadd, Doha 14 Jun 2011. Beraksi dalam suhu panas dan kering, anak-anak buah Ong Kim Swee ketinggalan dua gol dalam tempoh lapan minit sebelum Qatar menambah lagi dua jaringan pada minit ke-33 dan 38.
Skuad Olimpik negara melepaskan peluang terbaik mendapatkan gol tunggal apabila pengadil memberikan sepakan penalti selepas Wan Zack Haikal dijatuhkan lawan tetapi Mohd. Fandi Othman gagal menyempurnakan sepakan.

Dalam perlawanan berkenaan, Kim Swee menurunkan kesemua pemain kecuali Khairul Fahmi Che Mat dan Zubir Azmi. Skuad Olimpik Malaysia bakal berdepan Lebanon pada 19 Jun ini pada perlawanan timbal balik pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik sebelum bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil, 23 Jun. utusan

No comments: