ad ld

Pages

Wednesday, August 10, 2011

Isteri Mati Terlentang, Suami Tergantung Di Tanjung Tokong P Pinang

Seorang penyelia sebuah pusat hiburan ditemui mati tergantung selepas dipercayai mencekik mati isterinya di sebuah pangsapuri di Tanjung Tokong dekat sini malam kelmarin. Ooi Chong Seng, 29, ditemui tergantung dengan tali nilon di bingkai tingkap bilik tidur di tingkat tiga pangsapuri itu manakala isteri Chong Seng, Yang Xianhua, 20-an warga China pula ditemui terlentang di atas katil.

Xianhua bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di sebuah pusat karaoke di sini iaitu tempat sama suaminya bekerja. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, kejadian tersebut disedari seorang rakan Chong Seng pada pukul 8 malam sebelum rakan mangsa menghubungi polis.

“Polis yang memecah masuk pangsapuri pasangan itu menemui mayat suami isteri itu. Turut ditemui sebilah pisau di atas lantai di dalam bilik tidur yang berselerak,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian semalam. Menurut beliau, pemeriksaan polis mendapati Xianhua mati selepas dia dipercayai dicekik berdasarkan kesan lebam pada leher wanita itu.

“Pasangan itu dipercayai telah meninggal dunia 16 jam sebelum mayat mereka ditemui polis,” katanya. Kata Nasir, motif kejadian itu disyaki disebabkan perasaan cemburu mangsa lelaki yang bertindak mencekik isterinya sebelum dia sendiri membunuh diri. kosmo

-- Video Pelajar Malaysia Cedera Dipukul Dan Dirompak Di London
-- Cek Nuffnang Ke 6 Utk 2011 Dh Smp, Alhamdulillah
-- Datuk Siti Jawab Isu Berus Bulu Babi Produk SimplySiti

No comments: