ad ld

Pages

Wednesday, December 28, 2011

Gaji Bawah RM5 Ribu Naik Caruman Ke 13 % Mulai Januari 2012

Kira-kira 5.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperoleh gaji bulanan kurang daripada RM5,000 akan mendapat kadar caruman majikan lebih tinggi berkuat kuasa Januari ini.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar caruman berkanun majikan dinaikkan kepada 13 peratus daripada 12 peratus sebelum ini sebagai rangsangan dalam simpanan persaraan pekerja.

"Kenaikan tersebut akan memberi faedah kepada 5.3 juta pekerja yang mana 92 peratus daripada mereka ialah ahli aktif KWSP," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Bagaimanapun, jelas Nik Affendi, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Menurutnya lagi, pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji kurang daripada RM5,000 juga layak menikmati faedah itu. kosmo

-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Majalah Lisa, Perhh

No comments: