ad ld

Pages

Monday, December 19, 2011

Ombak Rindu Cecah Kutipan RM10 Juta

Filem adaptasi novel popular Ombak Rindu kini berjaya mencecah RM10 juta setelah 17 hari ditayangkan. Kutipan tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu pada 1 Disember lalu.

Pengarah Urusan Tarantella Pictures, Sharad Sharan, berkata, kutipan tersebut mungkin akan meningkat kerana tayangan filem tersebut dilanjutkan selama dua minggu.

"Setakat ini kutipan Ombak Rindu ialah RM 10 juta yang mana melebihi sasaran awal kami iaitu RM6 juta. "Saya jangkakan mungkin boleh mnecapai RM14 juta kerana tayangan akan dilanjutkan selama dua minggu lagi selepas tarikh wajib tayang," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Sharad turut berkata pihaknya akan menyediakan ganjaran atau bonus kepada pelakon dan krew produksi sebagai penghargaan terhadap usaha mereka. "Pihak kompeni sudah tentu berbangga dengan kejayaan filem ini dan semamangnya telah merancang untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang terlibat," katanya.

Selain itu, Sharad berkata, selepas kejayaan filem adaptasi Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan tahun lalu,Tarantella Pictures akan terus menerbitkan filem yang diadaptasi novel. “Kejayaan dua filem Ombak Rindu dan Lagenda Budak setan, Tarantella Pictures akan muncul dengan filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki tulisan Ahadiat Akashah dan Lagenda Budak Setan 2," katanya.

Katanya, filem Ombak Rindu akan dihantar untuk ditayangkan pada Festival Filem Cannes 2012
Ombak Rindu, ia mengisahkan Izzah lakonan Maya Karin iaitu gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah. Lalu ayah dan ibu saudaranya, mengambil alih tugas memelihara Izzah.

Namun, Taha banyak berhutang dan disebabkan kesempitan wang, Taha menjual Izzah kepada seorang pemilik kelab malam. Di situlah bermulalah perkenalan Izzah dengan Hariz (Aaron Aziz) yang menjadi pelanggan di kelab itu. mstar

-- (Gambar) Lisa Surihani Dan Yusry Di Majlis Ulang Tahun KRU Studios
-- (Gambar) Pernikahan Marion Rose Caunter dan SM Nasarudin SM Nasimuddin

No comments: