ad ld

Pages

Tuesday, January 17, 2012

Farah Lee Pilihan Keluarga Ally Iskandar

Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.



Difahamkan, majlis pernikahan ini akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu. Majlis yang dirancang serba sederhana ini hanya akan dihadiri oleh sanak-saudara dan teman rapat sahaja.


Bercerita detik perkenalan mereka kepada akhbar Sinar Harian, Ally berkata semuanya diatur oleh keluarga dan turut menyatakan tempoh perkenalan singkat tidak menjadi masalah untuk mendirikan rumahtangga.

“Saya tidak pernah bercinta dengan Farah, namun dia berjaya menawan hati saya kerana sikapnya yang berbeza dengan gadis lain yang pernah saya temui. Ketika berjumpa, saya ditemani ibu dan adik manakala dia pula ditemani rakan.

Pertama kali berjumpa, hati saya telah terbuka untuk menerimanya,” katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea. sinarharian

-- Gambar Panas Syahrini Dengan Glen Adalah Koleksi Peribadi
-- (Gambar) Perkahwinan, Persandingan Erneelya Elyana Emrizal Dan Khairul Anuar Hussin
-- Gambar Elyana Dan Anaknya Cinta
-- Bekas Suami Daphne Iking Tak Mengaku Isobel Anak Kandungnya

No comments: