ad ld

Pages

Tuesday, March 13, 2012

Datuk Malek Noor Dan Dr Wan Asma Nikah Di Penthouse KTC

Bekas juara bina badan Asia dan pemegang gelaran Mr. Universe sebanyak dua kali, Datuk Malek Noor, 56, selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Dr. Wan Asma Wan Ismail, 52, semalam.

Majlis akad nikah secara sederhana pada pukul 11 pagi itu diadakan di penthouse milik Wan Asma di Pusat Dagangan Kelantan (KTC). Ia dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Malek sah menjadi suami Wan Asma dengan sekali lafaz ketika dinikahkan oleh bapa Wan Asma, Wan Ismail Wan Ahmad, 86.

Pasangan itu mengenakan persalinan sedondon berwarna putih gading dan membawa lima dulang hantaran berbalas tujuh serta senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin.

“Ini adalah jodoh yang dikurniakan Tuhan. Pada tarikh yang sama (12 Mac) tahun lepas, saya berdoa di hadapan Kaabah supaya dikurniakan seorang isteri. “Alhamdulillah, pada tahun ini, pada tarikh yang sama, saya dikurniakan seorang isteri. Ini adalah isteri pertama saya dan yang terakhir,” ujarnya. kosmo

-- Sharnaaz Dan Shila Terperangkap Dlm Banjir 12 Jam, Naik Lori
-- Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Pernikahan Adiknya

No comments: