ad ld

Pages

Monday, April 30, 2012

Gambar Pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai Di Hotel Crowne Plaza Mutiara

Aktres sensasi Nur Fasha Sandha Hassan, 28, (Fasha) sah bergelar isteri kepada usahawan Rizal Ashram Ramli, 36, (Jejai) di Hotel Crowne Plaza Mutiara.


Pasangan itu dinikahkan oleh bapa kandung Fasha iaitu Hassan Umbichi Moideen kira-kira pada pukul 9.45 malam bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad. Rizal Ashram melafazkan nikah sebanyak dua kali.

Majlis itu dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada bapa Jejai iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, ibu kandung Fasha Hatijah Tehman dan bapa tirinya, Mohd Faisal, kaum keluarga, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.


Fasha menerima mas kahwin sebanyak RM8888.88 tetapi enggan mendedahkan jumlah wang hantaran kepada umum. Mengulas mengenai pemilihan jumlah tersebut sebagai mas kahwin, Fasha berkata angka lapan adalah kegemaran suaminya. "Lapan adalah nombor kegemaran Jejai," katanya.


Diusik mengenai jumlah tersebut sehingga memaksa Jejai melakukan akad nikah sebanyak dua kali, lelaki itu mengakui kesukaran menyebut angka berkenaan. "Saya juga terfikir akan kesukaran untuk menyebut angka itu selepas kami menetapkan jumlah mas kahwin. "Namun ketika praktis nikah, saya boleh sebut angka itu dengan lancar," katanya.

Fasha menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan sejadah, sebentuk cincin, coklat, Samsung Galaxy Note, mas kahwin dan tepak sireh.

Sebagai balasan, Jejai pula menerima sembilan dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Salvatore Ferragamo, tali leher dan tali pinggang Louis Vuitton, sebuah buku motivasi, set penjagaan lelaki Dolce & Gabbana, coklat dan sebentuk cincin daripada pengantin perempuan.

Pada majlis berkenaan, Fasha tampil anggun mengenakan busana berona putih ungu rekaan Riezman Ruzaini dan dirias juru solek terkenal Saidatul Nisa. Beberapa rakan artis turut menyerikan majlis seperti Maria Farida, Tomok, Didie Alias, Faradhiya, Nor Aliah Lee, Rebecca Nur Al Islam dan Nadia Mustafar. Majlis diacarakan oleh penyampai radio popular Linda Onn.

Pemenang enam kali trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian itu mengenali Jejai sejak tujuh tahun lepas. Hubungan mereka menjadi intim kira-kira empat tahun lalu selepas Jejai bercerai dengan bekas isterinya yang juga pelakon Nora Danish.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Fasha dan yang kedua buat Jejai. Hasil perkahwinan Jejai dengan Nora Danish selama dua tahun, mereka dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal Ramli,3. mstar

- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments: