ad ld

Pages

Saturday, May 12, 2012

Gambar Fasha Sandha Dan Jejai Bulan Madu Di Pulau Redang

Fasha Sandha dan Jejai honeymoon di Pulau Redang. Jom tengok gambar2 dorg yg dishare di FB Fan Fasha.

Thursday, May 10, 2012

Gambar Majlis Persandingan Scha Dan Awal Di PICC

Selepas selamat bernikah pada 4 Mei lalu, Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal) dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha) mengadakan majlis persandingan mereka dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), malam Ahad.

Majlis dihadiri kira-kira 2,000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.




Wednesday, May 9, 2012

Nak Terjun Jambatan Pulau Pinang, Putus Cinta (Gambar)

Ketika saya mendekatinya, dia menjerit sambil berdiri di tepi jambatan untuk terjun. Saya hampiri lelaki itu dan cuba memujuk sebelum dia meminta saya hubungi bekas kekasihnya bagi memaklumkan tindakannya itu.


Itu kata Ho Leng Hong, 24, saksi kejadian yang berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.8, menghala ke Butterworth, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit berusia 20-an dari Taman Merak, Simpang Ampat, cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas kecewa akibat putus cinta. Ho berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke Kulim, Kedah dan mendapati orang ramai berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang berdiri di tepi jambatan. hmetro

-- (Gambar) Pelajar Histeria Mahu Terjun Bangunan Di SMK Abu Bakar Temerloh
-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai

Tuesday, May 8, 2012

Dira Tidak Beri Impak Sebagai Pengacara Melodi

Pengacara Melodi, Dira Abu Zahar kurang memberikan impak kepada penonton dan disifatkan tidak sesuai mengendalikan program hiburan tersebut.

Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, walaupun Dira banyak menunjukkan kemajuan, tetapi dia tidak mempunyai keserasian bersama gandingannya, Zizan Razak.




Saturday, May 5, 2012

Gambar Pernikahan Scha Al Yahya Dan Awal Ashaari Di Hotel Pullman Lakeside

Dengan sekali lafaz, pasangan selebriti Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal), 30 dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha), 29 selamat diijabkabulkan pada Jumaat, malam.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9.15 malam.


Friday, May 4, 2012

Bob Kuman Meninggal Dunia

Pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara.

Kematian pelawak berusia 41 tahun itu disahkan sendiri oleh isterinya yang berada di sini ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Wednesday, May 2, 2012

Kelantan vs Sime Darby Final Piala FA 2012

Kelantan dan Sime Darby FC melangkah ke final Piala FA 2012. Sime Darby mara dengan kelebihan agregat 2-1 selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Terengganu pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Selayang malam tadi. Kelebihan agregat tersebut diperoleh hasil kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Kuala Terengganu minggu lalu.