ad ld

Pages

Monday, February 4, 2013

Wartawan Malaysia Claudia Theophilus Mati Ditembak Di Lebanon

Seorang wartawan Al-Jazeera warga Malaysia, Claudia Theophilus, 42, mati ditembak di Baakleen, Lebanon kira-kira pukul 2.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu. Claudia bersama dua lagi rakannya. Salah seorang daripada mereka melaporkan insiden itu kepada polis.

Polis kemudiannya memaklumkan mengenai berita kematian itu kepada Kedutaan Malaysia di Beirut. Duta Besar Malaysia ke Lebanon, Ilango Karuppannan mengesahkan pada Ahad bahawa Claudia mati ditembak tetapi butiran lanjut masih belum diterima.

Beliau berkata, mayat Claudia telah dibawa ke sebuah hospital di Baakleen dan proses autopsi sudah dilakukan. "Kami dalam perjalanan ke sana sekarang," katanya kepada The Star. Beliau berkata, Claudia tiba di Lebanon pada 28 Januari untuk melawat rakannya di negara itu yang dikenalinya sejak 2010.

Claudia Theophilus merupakan penerbit bahagian online bahasa Inggeris di Al-Jazeera. Dia pernah bekerja dengan The Sun dan Malaysiakini. mstar

-- Ayu Raudhah Mengandung (Gambar)
-- (Gambar) Noramfaizul Jurukamera Mati Kena Peluru Sesat Di Somalia

No comments: