ad ld

Pages

Friday, May 31, 2013

Khir Toyo Bekas Menteri Besar Selangor Dipenjara 12 Bulan (Gambar)

Mahkamah Rayuan pada Khamis mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam di sini empat tahun lepas. Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.


Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan. Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Disember, 2011.

Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu. Azahar menjelaskan panel telah meneliti secara mendalam enam alasan utama yang diutarakan terutamanya oleh pihak perayu (Dr Mohamad Khir) mengapa rayuan tersebut seharusnya dibenarkan.

Pertama, isu sama ada perayu merupakan seorang penjawat awam sepertimana diperuntukkan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, kedua sama ada bayaran RM3.5 juta untuk hartanah tersebut mencukupi atau tidak, ketiga sama ada perayu mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan penjual hartanah terbabit Shamsuddin Hayroni (SP2), keempat sama ada SP2 merupakan rakan sepenjenayah, kelima kredibiliti SP2 dan keenam sama ada pihak pendakwaan berjaya menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Untuk isu pertama, Dr Mohamad Khir selaku ahli lembaga serta pengerusi PKNS telah menjalankan banyak menunaikan tanggungjawab ekskutifnya dan beliau termasuk dalam tafsiran sebagai penjawat awam.

Bagi isu kedua, beliau berkata perayu memang telah menunjukkan minat terhadap hartanah tersebut sejak 2004 dan akhirnya Shamsuddin bersetuju untuk menjualnya pada harga RM3.5 juta untuk menjaga kepentingan perniagaannya di mana beliau membuat banyak berurusan terutamanya dengan PKNS.

"Transaksi tersebut dibuat bukan di atas dasar 'willing buyer and willing seller' di mana SP2 telah membeli haratanah tersebut pada harga RM7 juta," jelas Azahar.

Dr Mohamad Khir, 48, dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin. Beliau yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Azahar berkata hujah peguam perayu bahawa penilaian hartanah yang dibuat juruperunding dari Rahim & Co sebanyak RM3.5 juta yang dibuat berdasarkan nilai pasaran, tidak boleh mengikat mahkamah dan ia perlu ditaksirkan berdasarkan kepada penilaian keseluruhan fakta transaksi hartanah tersebut.

Mengenai isu bahawa SP2 (Shamsuddin) adalah rakan sejenayah, Azahar menjelaskan bahawa hakim perbicaraan telah mendapati SP2 merupakan seorang saksi yang berkredibiliti serta bukan mengambil bahagian dalam jenayah itu secara sukarela.

Azahar berkata SP2 pada asalnya (pada 2004) ketika Dr Mohamad Khir menunjukkan minat terhadap hartanah terbabit, telah menawarkan harga RM6.5 juta dan terpaksa bersetuju kepada harga yang lebih rendah kemudiannya kerana untuk menjaga kepentingan perniagaannya sebagai kontraktor.

-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
-- Azlan Man Menteri Besar Perlis Baru Adun Pauh (Gambar)
-- (Gambar) Majlis Perkahwinan Tan Sri Taib Dan Ragad Waleed Meriah

No comments: