ad ld

Pages

Thursday, June 20, 2013

Adun Berapit Diserang Wanita Bakar Sampah Di Taman Intan Sg Petani (Gambar)

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berapit, Lydia Ong Kok Fooi mengalami beberapa kecederaan kecil apabila seorang wanita didakwa menyerangnya, selepas Ong menasihatinya supaya tidak melakukan pembakaran terbuka di kawasan kejiranan. Ong, 48, berkata, beliau mengalami lembam pada bahunya dan kedua-dua tangan selepas seorang wanita menyerangnya dengan batang buluh.


Ong berkata, beliau ketika itu sedang memandu pulang ke rumahnya di Taman Intan Sungai Petani Kedah pada kira-kira pukul 7 petang pada Selasa apabila beliau mendapati wanita berkenaan membakar sampah di padang terbuka di taman permainan awam berhampiran.

Apabila saya mula memberitahu wanita itu untuk tidak membakar secara terbuka, wanita itu berkata dia tidak peduli malah sekiranya dia melakukannya di hadapan rumah saya. Dan saya mula mengambil beberapa gambar menggunakan telefon mudah alih saya, dia kemudiannya memukul lengan kanan saya dan kemudian lengan kiri,” katanya pada sidang media di rumahnya, Rabu.


Ong berkata, seorang jiran yang menyaksikan kejadian itu memberitahu bahawa dia pada awalnya mengesan wanita berkenaan mula membakar pada pukul 5 petang. Katanya, beliau telah membuat laporan polis pada malam yang sama di Balai Polis Sungai Petani. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin mengesahkan laporan itu dan pihak polis akan menyiasat perkara tersebut. mstar

-- Pelajar Maahad Tahfiz Pulau Melaka Maut Dijangkiti Kencing Tikus
-- Kenduri Lauk Basi Busuk Dan Nasi Mentah Di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang
-- (Video) Prema Yin n Shahz Jazle: Uols Tgk Sndri Video Ni Unsur Lucah Ke Tak? 

No comments: