ad ld

Pages

Tuesday, July 16, 2013

Makmal Sains UiTM Shah Alam Terbakar

Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan beberapa makmal sains di kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) terbakar petang Isnin. Difahamkan ketika kejadian pukul 4.15 petang itu, seramai tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan ujikaji di dalam salah sebuah makmal berkenaan.

Bagaimanapun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri apabila menyedari api mula merebak yang dipercayai berpunca dari sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Khairi Daud berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.26 petang sebelum menggegaskan kira-kira 30 anggota beserta lima jentera ke lokasi kejadian. Setibanya mereka tempat kejadian, kelihatan asap hitam naik berkepul-kepul dengan api sedang marak membakar bangunan, katanya.

"Pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam," katanya ketika dihubungi. Mohd Khairi berkata selain disebabkan struktur bangunan lama, api dipercayai merebak dengan pantas akibat bahan kimia yang terdapat di dalam bangunan makmal. Beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami.

-- Alvin Vivian Ucap Selamat Berbuka Puasa Ketika Makan Bak Kut Teh (Gambar)
-- Tiga Atlet Sukma Kes Rogol Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)

No comments: