ad ld

Pages

Friday, July 19, 2013

Polis Putus Kaki Dirempuh Kereta Stabil (Gambar)

Pegawai polis trafik Insp Farid Hasni Mamat, 33, yang putus kaki kanannya akibat kemalangan di Kuala Besut, Terengganu pada Rabu kini dilaporkan dalam keadaan stabil. Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Mohd Mahdi Musa yang melawat pegawai tersebut di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian berkata beliau difahamkan pihak hospital terpaksa memotong kaki kanannya sehingga bawah lutut akibat kemalangan itu.


"Beliau baru sahaja menjalani pembedahan yang mengambil masa selama empat jam bermula pukul 5 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di HUSM, Khamis. Mohd Mahdi turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada isteri Farid Hasni, Nor Azwani Seme, 30.

Kerajaan negeri Terengganu juga akan mempertimbangkan sumbangan yang akan diberikan kepada keluarga mangsa, katanya. "Kami tidak akan mensia-siakan pengorbanan Inspektor Farid Hasni dan berharap beliau tabah menghadapi dugaan," katanya.

Farid Hasni yang sedang bertugas sempena kempen pilihan raya kecil Kuala Besut terbabit dalam kemalangan apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi. Beliau dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah berkenaan. mstar

-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Wan Sakinah Dan Ashraf Muslim Berkahwin Di Thai Bapa Mertua Kecewa (Gambar)
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)

No comments: