ad ld

Pages

Monday, December 2, 2013

Bapa Misha Omar Meninggal Dunia

Pemergian ayah tercinta, membuatkan Penyanyi Misha Omar ,31, sekali lagi terpaksa menangguhkan perkahwinannya. Misha sebelum ini pernah menangguhkan perkahwinan pada September tahun lalu dan merancang berkahwin pada Februari tahun hadapan, namun hasrat itu terpaksa dilupakan buat seketika. “Kami perlu masa, kehilangan adalah menyakitkan apatah lagi orang yang penting,” kata Misha Omar memetik laporan Metro.


Bapa Misha, Omar Ismail,75, meninggal dunia akibat penyakit jantung dan kegagalan organ utama berfungsi pada jam 5.30 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Jenazah Omar dikebumikan di Tanah Perkuburan Pantai Irama, Bachok berhampiran pusara arwah ibunya.

Sementara itu, Jumaat lalu, pelawak Shamshul Ghau Ghau juga turut  kehilangan orang tercinta apabila ibunya meninggal dunia pada pukul 12:30 malam (sabtu). Jenazah ibu Shamsul telah dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubu Gajah, Selama, Perak.

“Arwah sudah lama mengalami sakit tua tapi sejak dua minggu kebelakangan ini sahaja sakit dia agak teruk.” “Arwah tidak mahu makan sehingga malam tadi menghembuskan nafas terakhir di rumah kakak saya di Tanjung Malim, Perak,” ujar Shamsul yang mengatakan beliau dan adik-beradik yang lain menerima pemergian tersebut dengan hati yang tenang. sinarharian

--  Kakak Dibunuh Ditemui Separuh Bogel Dua Adik Perempuan Turut Ditemui Mati Di Alor Senibong Kedah (Gambar)
--  Nur Fazira Saad Pengantin 12 Tahun Bercerai Sebelum Ulangtahun Pertama (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

No comments: