ad ld

Pages

Thursday, December 26, 2013

Bayi Mati Jatuh Tingkat 4 Terlepas Dukungan Bapanya Di Kuarters Polis Bukit Pelindung

Seorang bayi lelaki maut setelah terlepas daripada dukungan bapanya dari tingkat empat perumahan polis Bukit Pelindung Selasa. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, bayi berusia tujuh bulan Mohd Danial Mikhail Mohd Abdul Hadi dikatakan terlepas daripada dukungan bapanya yang ketika itu turut memegang bungkusan sampah.


Bayi malang itu dikejar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan namun dia disahkan meninggal dunia, katanya kepada Bernama. Difahamkan mangsa merupakan cucu kepada seorang anggota polis yang menetap di kuarters berkenaan. Abdul Aziz berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu. mstar

--  Jururawat Mengaku Berkhalwat Dengan Suami Orang (Gambar)
--  Budak 4 Tahun Mati Disyaki Didera Di Pusat Jagaan (Gambar)
--  Letupan Bom Di Danok Thailand Lebih 20 Cedera (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments: