ad ld

Pages

Friday, December 13, 2013

KDN Dedah 10 Bukti Pemimpin No 2 Pas Terlibat Syiah

Kementerian Dalam Negeri hari ini mendedahkan 10 bukti orang nombor dua Pas terlibat dengan fahaman Syiah. Dalam sidang media di pejabatnya hari ini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendakwa, kenyataan tersebut dibuat berdasarkan beberapa bukti yang dikumpulkan pihak berkuasa daripada percakapan lisan, penulisan dan video di Internet.

Tambah beliau, antara bukti yang mengaitkan penglibatan pemimpin itu termasuklah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini. "Bukti itu boleh dilihat melalui tulisannya bertajuk 'Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah terbitan lidah rasmi Pas, Harakah terbitan 5 hingga 15 Julai 2008," katanya.

Beliau berkata, pemimpin tersebut turut secara terang-terangan memuji pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.

Sementara itu, Abdul Rahim turut mendedahkan, Tuan Guru Abd Rahim dari Sungai Jagung, Pendang, Kedah juga mengesahkan pemimpin itu merupakan salah seorang penganut Syiah apabila kerap kali melihatnya menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya.

Sementara itu, tambah Abdul Rahim lagi, antara perbuatan pemimpin berkenaan yang mencerminkan amalan ajaran Syiah adalah beliau juga dikatakan pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan pengikut Syiah dalam satu ceramah Pas di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005.

"Berdasarkan temuramah antara pegawai KDN, Ustaz Zamihan Mat Zin dengan Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember lalu, Dr Hanafi mengesahkan beliau melafazkan selawat tersebut," katanya. Katanya lagi, berdasarkan maklumat yang diperolehi KDN, beliau didapati telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada 2011. "Kelas pengajian tersebut dikendalikan oleh dua ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di salah sebuah sekolah berfahaman Syiah di Gunung Semanggol, Perak," jelasnya.

Sehubungan itu, katanya KDN dan agensi-agensi kerajaan sentiasa memantau dan peka terhadap ancaman kegiatan serta fahaman Syiah yang kian menular di negara ini. "Keterangan beliau sendiri melalui kata-kata, penulisan, rakaman ceramah dan aktiviti yang disertainya sama ada dalam dan luar negara, tidak sama sekali menyembunyikan kaitan beliau dengan Syiah. "Fahaman Syiah boleh menjejaskan aspek keselamatan dan ketenteraman awam termasuklah perpecahan dan keruntuhan nilai persaudaraan ummah," katanya lagi. sinarharian

-- Seks Dalam Kereta Pengurus Restoran Diperintah Bela Diri Kes Rogol Gadis Bawah Umur
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar) 

No comments: