ad ld

Pages

Tuesday, December 24, 2013

Kemalangan 10 Kenderaan Di Alor Setar (Gambar)

Sebanyak 10 kenderaan berlanggar dalam satu kemalangan yang berlaku di K319 Lebuhraya Sultanah Bahiyah, semalam. Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, sebuah lori dan sembilan kereta mengalami kerosakan akibat rempuhan berkenaan.


Semua mangsa dilaporkan selamat dan tiada mengalami kecederaan, namun seorang bayi dikejarkan ke hospital berdekatan kerana terhantuk akibat hentakan.

Menurut mangsa yang enggan namanya disiar, sebanyak 10 kenderaan terbabit berada dalam satu barisan bahagian kiri jalan, malah kemalangan berlaku secara tiba-tiba sedangkan masing-masing bergerak perlahan dari arah Tesco Mergong menuju Shahab Perdana.

“Rasa pelik apabila kereta di bahagian kanan memandu perlahan dan memandang ke arah kami. “Dalam sekelip mata, terasa kereta yang berada di belakang merempuh kenderaan saya. Saya tidak sangka ia berlaku kerana dibawa perlahan,” katanya. sinarharian

--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
--  Pernikahan Aril AF Dan Puteri Erma Adlinda Di Kota Bharu Kelantan (Gambar)
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
--  Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)

No comments: