ad ld

Pages

Sunday, December 22, 2013

Pernikahan Aril AF Dan Puteri Erma Adlinda Di Kota Bharu Kelantan (Gambar)

Aril AF atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus telah pun sah bergelar suami kepada Puteri Erma Adlinda binti Haji Megat Aminuddin di Kota Bharu, Kelantan. Dalam majlis ini, pihak pengantin lelaki telah memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin berjumlah RM15,000 dan turut dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai baju T, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta senaskah Al-Quran dan dompet.


Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000. Dalam pada itu, majlis persandingan akan diadakan untuk ahli keluarga di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan seterusnya kenduri kesyukuran bagi sebelah keluarga Aril akan diadakan di Melaka dalam masa terdekat.

--  Nurul AF2 Menang Saman Fitnah Melodi TV3 RM250 Ribu Isu Nikah Di Siam (Gambar)
--  Aril AF Nikah Pramugari Puteri Erma Edlinda Di Wakaf Che Yeh 20 Disember (Gambar)
--  Nur Fathia Jumpa Keluarga Aiman Hakim (Gambar)
--  Perkahwinan Anas Datuk K Dan Nasha Allysa Datuk Hishammuddin (Gambar)

No comments: