ad ld

Pages

Tuesday, December 3, 2013

Rogol Gadis 12 Tahun Sebelum Kahwin Kes Pengantin Muda Dibuka Semula

Kertas siasatan untuk menyiasat dakwaan rogol seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang berkahwin dengan lelaki yang didakwa merogolnya dan bercerai setahun kemudian telah dibuka semula oleh polis susulan permintaan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).


Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, beliau membuat permintaan itu kepada polis selepas mengambil kira keprihatinan orang awam terhadap isu itu. Bagaimanapun, beliau berkata keputusan sama ada kes itu akan dibicarakan hanya akan diumumkan minggu depan selepas AGC menerima penemuan polis.

"Saya telah meminta siasatan lanjut dilakukan dan saya memberi polis tempoh selama seminggu untuk memaklumkan kepada saya," kata Abdul Gani pada sidang media di sini, Isnin. Kes berkenaan mula mendapat perhatian selepas penceraian pasangan muda itu pada November mendapat liputan meluas media, dan bapa remaja perempuan itu membuat kenyataan media bahawa anaknya menjadi mangsa rogol sebelum berkahwin.

Remaja itu dinikahkan pada bulan November tahun lepas setelah mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim. Beberapa hari selepas penceraian, bapa gadis itu dilaporkan berkata bekas suami remaja itu dan dua kawan lelakinya telah memperkosa anaknya empat bulan sebelum pernikahan, dan kes itu pernah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012. Menurutnya laporan itu ditarik balik selepas dia didatangi bapa lelaki berkenaan yang merayu supaya laporan ditarik balik. mstar

--  Perkahwinan Pengantin 12 Tahun Nur Fazira Saad Dan Mohd Fahmi Mohd Alias 19 Tahun (Gambar)
--  Siti Aishah Janji Pulang 9 Bulan Lagi Dari London
--  Gadis 15 Tahun Dibunuh Selepas Gagal Dirogol (Gambar)

No comments: