ad ld

Pages

Monday, December 30, 2013

Terkini Banjir Empat Bahagian Di Sarawak

Keadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir pada Ahad. Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri semasa dihubungi hari ini berkata beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air antara 0.5 meter dan satu meter. Menurutnya dua buah keluarga juga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Marudi, sebuah bandar di pedalaman di Miri.

Di bandar Bintulu pula, tujuh kawasan perumahan dinaiki air sehingga 0.5 meter namun jumlah penduduk yang terjejas dan perlu dipindahkan masih belum dapat dipastikan. Lima buah penempatan yang terjejas di Sri Aman termasuk RumahPanjang Lancaster King (lapan keluarga), Rumah Panjang Bujau (lapan keluarga),Rumah Ujang (tujuh keluarga), Kampung Sekait (lima keluarga) dan Kampung MelayuBaru (14 keluarga).

Satu-satunya penempatan di Betong yang dilaporkan dinaiki air ialah Kampung Lalang, Meludam namun jumlah mangsa yang terjejas masih belum dapat dipastikan. mstar

--  Mati Bunuh Diri Terjun Tingkat 9 Berjaya Times Square (Gambar)
--  Pernikahan Linda Onn Dan Kerabat Diraja 27 Disember
--  Tan Sri Muhammad Ali Kembalikan Darjah Kebesaran Johor (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
 

No comments: