ad ld

Pages

Wednesday, January 1, 2014

Guan Eng Guna Mercedes-Benz S300L Baru Sebagai Kenderaan Rasmi (Gambar)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S300L bagi kegunaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Jait berkata, Ketua Menteri diberikan dua kereta iaitu Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300, tetapi Lim hanya menggunakan satu kenderaan.


Ketua Menteri itu mula menggunakan Mercedes-Benz, yang dibeli pada harga RM298,263.75 pada Isnin. Harga sebenar bagi Mercedes-Benz S300L itu adalah RM657,218. “Kereta Mercedes-Benz S300L itu dikecualikan daripada cukai dan telah diberikan diskaun istimewa sebanyak RM100,000," kata Mokhtar.

“Pembekal kereta Mercedes-Benz itu turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak perlu membeli Mercedes-Benz S300L dan boleh mengembalikannya kepada pembekal sekiranya pengecualian cukai tidak diberikan." Mokhtar berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri telah diadakan pada 20 November lalu dan keputusan sepakat dibuat untuk pembelian kereta mewah. “Kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakan oleh Lim akan digunakan oleh Timbalan Speaker, Maktar Shapee,” katanya. mstar

--  Konsert Tahun Baru Di Dataran Merdeka Dihentikan, Balingan Botol Ke Pentas (Gambar)
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
--  Lana Nordin Tetap Teruskan Niat Ingin Berubah Jadi Muslimah Lebih Baik (Gambar)
--  (Gambar) Lelaki Tikam Gadis 19 Kali, Simbah Asid Dipenjara 17 Tahun, 5 Sebatan 

No comments: