ad ld

Pages

Tuesday, February 25, 2014

Ainan Tasneem Kemalangan Kereta Masuk Longkang Di Kangar (Gambar)

Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem dilaporkan terlibat dengan kemalangan jalan raya di Kangar, Perlis. Menurut Ainan melalui laman Instagram, kereta yang dinaikinya dan empat orang rakan lagi hilang kawalan disebabkan keadaan jalan yang licin dan bengkang-bengkok serta tiada lampu jalan.


Bagaimanapun, Ainan bersyukur kerana semua penumpang dan pemandu hanya mengalami kecederaan ringan walaupun kereta rosak teruk. "Kemalangan berlaku dalam perjalanan ke Sungai Chuchuh ke Wang Ulu melalui jalan Sungai Batu Pahat. Jalan sangatlah licin. "Kawan baik saya yang memandu kereta mengalami sedkit trauma," maklumnya menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Ainan turut meminta pihak media supaya memberikannya sedikit masa sebelum sebelum diajukan berhubung insiden itu. "Terima kasih di atas keprihatinan anda semua.. jujur saya sangat terharu dan menghargai. Cuma berikan sedikit masa kepada saya untuk berehat...," tulisnya. sinarharian

--  Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup Ammar Anak Azizul Di Sweden (Gambar)
--  Pusat Tahfiz Amal Diarah Tutup Mulai 10 Februari
--  Hukum Melabur Dalam ASB Dan ASN Menurut Majlis Fatwa
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 

No comments: