ad ld

Pages

Tuesday, April 29, 2014

Bekas Pemandu Anak Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri Ditahan Kes Curi Di Rumahnya

Polis menahan bekas pemandu anak sulung Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi membantu siasatan berhubung kejadian kecurian di rumahnya di Country Heights, Kajang pada Sabtu lalu. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Seri Kembangan pada pukul 1 pagi Ahad.

gambar hiasan
Katanya, lelaki terbabit dipercayai menceroboh masuk ke rumah bekas majikannya, Nurul Hidayah menggunakan kunci rumah yang diberikan ketika masih berkhidmat. "Siasatan awal bagaimanapun mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk dalam kejadian itu," katanya selepas melancarkan Program Keselamatan Jalan raya dan Pemanduan Berhemah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan reman sehingga esok. Pada kejadian Sabtu lalus, lelaki itu dipercayai melarikan dua jam tangan serta wang tunai RM1,000. mstar

-- Instagram Antara Punca Fiza Dan Adam AF2 Bercerai
-- (Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis Di Kg Lembah Raja Pinang Tunggal P Pinang
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Shila Amzah Pakai Gaun Pendek Dan Seluar Ketat ND Lala Beri Penjelasan (Gambar)

No comments: