ad ld

Pages

Sunday, April 13, 2014

Linda Hashim Baca Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin

Linda Hashim melakukan amalan membaca surah Maryam yang dijadikan petua oleh kebanyakan ibu mengandung agar dipermudahkan proses bersalin. Linda, 29, berkata, sejak disahkan mengandung Julai tahun lalu, dia sentiasa menitik beratkan amalan pembacaan surah-surah tertentu sebagai kekuatan dan bagi menjaga kandungannya.



"Saya banyak membaca buku dan di internet tentang amalan surah-surah dan ayat Al-Quran yang baik untuk diamalkan semasa mengandung. "Setiap surah ada doa tertentu dan semuanya untuk kebaikkan bayi dalam kandungan.

Pada awal kandungan dahulu saya banyak amalkan surah Luqman iaitu untuk mendapat anak yang cerdik dan sekarang banyak baca surah Maryam pula bagi mendapat keberkatan agar dipermudahkan ketika hendak bersalin nanti," katanya. Linda dijangka bersalin pada hujung April ini. Aktres itu berkahwin dengan pelakon Beego, 34, pada 7 Jun 2013.

Linda Hashim sudah siap membeli kelengkapan bayi. Linda berkata, perasaan teruja dan tidak sabar untuk menanti kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka. "Saya tidak rasa takut ketika saat semakin hampir (bersalin) ini, sebaliknya rasa tidak sabar untuk melihat bayi ini," katanya. Dia lebih banyak membuat persiapan daripada segi mental dan fizikal terutamanya untuk menhadapi kerenah bayi.

Dia juga melatih untuk sentiasa bersabar selain membaca maklumat tentang pengurusan bayi yang baharu lahir. "Kelengkapan daripada segi pakaian semua sudah siap, saya tidak beli banyak kerana bayi mudah membesar, jadi beli yang secukupnya sahaja. "Tetapi saya banyak baca tentang kerenah bayi yang baru lahir dan membuat persiapan daripada segi mental iaitu banyakkan bersabar.

"Bayi yang baru lahir akan banyak ragam dan kerap bangun malam, jadi saya sudah pesan awal-awal pada suami tentang perkara-perkara seperti itu," katanya. Tambah Linda, dia akan tinggal di rumah kakaknya dalam tempoh berpantang itu. Linda dijangka melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Tawakal. mstar

--  Wan Sakinah Isteri Kedua Ashraf Muslim Bersalin Anak Perempuan 2.51Kg (Gambar)
--  Mawar Isteri Fizo Omar Dihina Kerana Tudung Fareeda
--  Anak Che Ta Ammar Effendy Pilih Audi R8 RM660Ribu Hadiah SPM 9A (Gambar)
--  Puting Agnez Mo Tersembul Keluar Dalam Coke Bottle MV? (Gambar)


No comments: