ad ld

Pages

Monday, May 12, 2014

Datuk Ahmad Said Letak Jawatan Menteri Besar Terengganu Diganti Ahmad Razif (Gambar)

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meletak jawatan pada Isnin dan penggantinya akan mengangkat sumpah pada malam ini. Kekosongan jawatan Ahmad akan diganti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman.


Majlis angkat sumpah berlangsung pada pukul 8 malam di Istana Syarqiyyah. Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama dua penggal dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin petang ini.

Berikutan itu, perkembangan terbabit mengesahkan spekulasi bahawa Ahmad Said akan digantikan berikutan perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan kekal hanya selama setahun selepas BN hampir kecundang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lalu. BN menang 17 kerusi DUN berbanding Pakatan Rakyat 15 dan menang separuh daripada kerusi Parlimen di negeri itu. mstar

--  Datuk Ahmad Razif Dilantik MB Terengganu Adun Seberang Takir Ganti Ahmad Said (Gambar)
--  Krisis MAS Hampir 300 Kru Kabin Letak Jawatan 
--  Rebecca Nur Al Islam Dan Baju Merahnya (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments: