ad ld

Pages

Tuesday, May 13, 2014

Pembaca Berita TV3 Dicium Brian McKnight Atas Pentas Konsert Di PWTC?

Persembahan mantap dan bertenaga oleh Brian McKnight, penyanyi dan komposer terkenal dari Amerika Syarikat, bergema di segenap Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara pada malam Jumaat lalu.


Brian yang popular dengan lagu Back At One itu telah diterbangkan oleh JAG Live Concert setelah kali terakhir dia berada di Malaysia adalah pada tahun 2000.Ternyata, walaupun kehadiran penonton tidak dapat dibandingkan dengan konsert artis antarabangsa lain, namun 'More Than Words- An Intimate Evening with Brian McKnight dipenuhi dengan kehadiran para selebriti terkenal tempatan.

Dalam pada penonton asyik dibuai alunan suara merdu oleh Brian pada malam itu, satu gimik yang menjadi kejutan pada persembahannya itu memeranjatkan semua penonton yang hadir. Bermula dengan Brian menjemput seorang wanita secara sukarela untuk berada bersamanya di atas pentas. Peminat yang bertuah untuk berkongsi pentas difahamkan bernama Anita dan merupakan seorang pembaca berita Nightline di TV3.

Anita ketika diatas pentas dilayan seperti kekasih Brian bilamana penyanyi itu menyanyikan lagu Another You sepenuh jiwanya ditujukan kepada Anita yang duduk di kerusi. Tidak lama kemudian Brian tiba-tiba memiliki jambangan bunga dan tanpa menunggu lama dia menyerahkan bunga tersebut kepada Anita dan dewan menjadi gamat bila mereka mendekatkan muka seolah-olah mahu bercium. Debaran itu berakhir apabila tindakan Brian tersebut seakan dielak wanita itu lalu memeluk Brian sebelum turun dari pentas.

Terus menghiburkan penonton dendangan lagu seperti 'Crazy Love', 'My Kind Girl', '6,8,12', Brian tidak lupa menyampaikan lagu yang menjadikannya popular kini, Back At One. Antara lagu lain yang turut diperdengarkan seperti 'Rest Of My Life', 'Back at One', 'Fall', 'Made For Love' dan Brian mengakhiri persembahannya pada jam 10.30 malam dengan lagu 'Still'. Pada konsertnya itu, penghibur yang berkebolehan memainkan lapan alat muzik ini turut mempamerkan kebolehannya bermain gitar dan piano. murai.com

--  Putera Jefri Bolkiah Risau Patung Erotiknya Dipandang Serong (Gambar)
--  Aksi Cium Mulut Kris Dayanti & Raul Lemos Di Sidang Media
--  Rebecca Nur Al Islam Dan Baju Merahnya (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

No comments: