ad ld

Pages

Monday, June 23, 2014

Keputusan Piala Dunia Portugal vs USA, Rusia vs Belgium dan Korea vs Algeria (Gambar)

Keputusan penuh perlawanan Piala Dunia 2014 Isnin Portugal vs Amerika Syarikat 2-2.


Belgium vs Rusia 1-0 dan Korea vs Algeria 2-4.

Friday, June 20, 2014

Uqasha Senrose Kini Bertudung (Gambar)

Uqasha Senrose menjelaskan selepas membuat keputusan bertudung jiwanya menjadi semakin tenang manakala perlakuannya juga sudah mula dijaga.


Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, berkata dia  juga mula mengawal setiap perilaku dan kata-kata yang ditutur untuk menjaga adab sebagai wanita muslimah sebenar. "Alhamdulillah, sejak bertudung ini, sedikit demi sedikit saya mengubah perilaku diri. Nak gelak kuat-kuat pun dah segan, tak macam dulu.

Keputusan Piala Dunia Columbia vs Ivory Coast Pecah Rekod 20 Tahun

Colombia mengukuhkan kedudukan teratas bagi Kumpulan C selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Ivory Coast pada aksi Piala Dunia, Jumaat. Pada aksi pertama sebelum ini, pasukan kendalian Josa Pekerman ini turut menewaskan Greece 3-0.


Dengan kedudukan selesa ini, Colombia mencatat sejarah tersendiri apabila layak beraksi pada pusingan kedua buat kali pertama sejak tahun 1994. Colombia tidak beraksi dalam tiga edisi Piala Dunia sebelum ini (2002,2006,2010) kerana gagal melepasi pusingan kelayakan.

Maria Farida Dan Bikini Jadi Isu Di Instagram (Gambar)

Maria Farida menyifatkan pengikut-pengikut yang memberi komen berbau lucah menerusi foto bikini yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya adalah mereka yang berfikiran kotor.


Maria, 44, berkata, foto tersebut tidak patut dijadikan isu kerana ia hanyalah beberapa bikini yang diletakkan di atas katil dan bukannya menunjukkan dia memakai pakaian tersebut.

Thursday, June 12, 2014

Arip Juara Kilauan Emas 4 Raih RM100Ribu Dan Toyota Camry

Arip diumumkan juara pada pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Arip atau nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din sekali gus menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.


Arip turut menerima Anugerah Khas Juri sebagai menambat hati juri mengadakan persembahan terbaik. Dalam pada itu Zain atau nama sebenarnya Md Zain Ramli meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.