ad ld

Pages

Friday, June 20, 2014

Uqasha Senrose Kini Bertudung (Gambar)

Uqasha Senrose menjelaskan selepas membuat keputusan bertudung jiwanya menjadi semakin tenang manakala perlakuannya juga sudah mula dijaga.


Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, berkata dia  juga mula mengawal setiap perilaku dan kata-kata yang ditutur untuk menjaga adab sebagai wanita muslimah sebenar. "Alhamdulillah, sejak bertudung ini, sedikit demi sedikit saya mengubah perilaku diri. Nak gelak kuat-kuat pun dah segan, tak macam dulu.

"Bukan sebab risau orang pandang, tetapi saya anggap menjaga adab dan sikap membuatkan kita menjadi seorang muslimah yang sempurna dan lebih baik. Apa-apa pun banyak lagi perkara yang perlu saya belajar," ujarnya.

Uqasha  turut menegaskan keputusannya mahu bertudung pada bulan lalu tiada kaitan dengan permintaan mana-mana lelaki yang cuba dikaitkan dengannya. Perubahan itu ujarnya datang atas kemahuan sendiri dan tidak pernah dipaksa oleh mana-mana pihak.

"Merepeklah! Takkan saya bertudung kerana dipaksa oleh seseorang? Jujurnya perubahan pada diri saya datang daripada kemahuan sendiri. Tiada paksaan daripada sesiapa pun. "Kalau ikut orang, nanti pemakaian tudung saya tidak akan kekal. Jadi tak perlulah saya nak ikut orang dalam melakukan apa-apa perubahan, biar niat itu datang dengan sendiri," katanya. mstar

--  Jenazah Ummi Nadiah Filzah Daud Pelajar Di Mesir Tiba Di Malaysia
--  Murid Dirogol Diliwat Dalam Kereta Kemudian Ditoreh Kemaluan Tolak Seks Oral Di Muar
--  Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
--  Rebecca Nur Al Islam Dan Baju Merahnya (Gambar)

No comments: