ad ld

Pages

Tuesday, September 9, 2014

Rogol Jer Nora Danish Ramai2 Baru Best @muhd_akmal95 (Gambar)

Nora Danish telah menerima komen-komen berbau lucah oleh seorang pengikutnya iaitu @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.


Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut diancam oleh individu yang sama yang mengajak pengikut-pengikut lain untuk merogol pelakon itu secara beramai-ramai. "Rogol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.

Pada Jumaat lalu, Nora memuatnaik  foto dia membonceng sebuah motosikal yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri dengan kapsyen: "I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we schootch.

Foto tersebut mendapat pujian daripada kebanyakan pengikut-pengikutnya yang menyifatkan Nedim seorang lelaki yang romantis. Bagaimanapun, salah seorang pengikut Nora, @muhd_akmal95 pula memberi beberapa komen lucah dan turut memberi cadangan kepada pengikut untuk merogol pelakon itu beramai-ramai.

Komen negatif itu telah mengundang kemarahan pengikut-pengikut Nora dengan menyifatkan individu tersebut sebagai seorang lelaki yang tidak senonoh. Malah, pengikut-pengikut Nora meminta pelakon itu mengambil serius terhadap komen  @muhd_akmal95 kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya.

Peminat Nora meminta dia untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab. "Saya mencadangkan supaya @noradanish dan @bossned_ (Nedim) membuat laporan polis terhdap  @muhd_akmal95. Komen dia sudah melebih-lebih," kata @nzaifa. mstar

--  Seks Dalam Kereta Pasangan Kekasih Larikan Diri Kemalangan Di Plaza Tol Damansara (Gambar)
--  Fasha Sandha Bercuti Bersama Anak Nora Danish Di USS Singapura (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

No comments: