ad ld

Pages

Saturday, October 11, 2014

Selangor Dan Kelantan Tersingkir Suku Akhir Piala Malaysia 2014, Kedah Dan Felda Ke Separuh Akhir

Wakil pasukan kelab Felda United FC (FUFC) dan Kedah menempah slot ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2014 hasil keputusan agregat selepas berakhirnya saingan suku akhir kedua malam Jumaat.


Keputusan 3-3 yang dicatat FUFC ketika berdepan juara 32 kali Selangor pada aksi suku akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang malam JUmaat menyaksikan mereka layak dengan kemenangan agregat 7-3.

Skuad 'The Fighters' menang selesa 4-0 ke atas Selangor pada aksi suku akhir pertama di Stadium Shah Alam pada 3 Oktober lepas. Pada aksi di Pahang itu, skuad Gergasi Merah berjaya meraih gol pembukaan hasil jaringan Paulo Rangel pada minit ke-30 selepas beliau menyambar bola yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol FUFC, Mohd Farizal Harun.

Edward Junior Wilson menyamakan kedudukan untuk skuad The Fighters pada minit ke-48 menerusi rembatan kencang namun kegembiraannya tidak bertahan lama apabila Andik Vermansah meledak gol kedua Selangor, empat minit kemudian. Rangel mencipta gol peribadi keduanya pada minit ke-62 selepas menyudahkan hantaran daripada Andik sebelum Edward merapatkan jurang jaringan, tujuh minit kemudian.

Indra Putra Mahayuddin memusnahkan harapan Selangor untuk meneruskan 'Misi 33' dengan gol ketiga pada minit ke-85. Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, pasukan Kedah melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas naib juara 2013, Kelantan bagi mengesahkan slot ke separuh akhir dengan keputusan agregat 4-3.

Sebagai rekod, Kelantan menang 3-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, 3 Okt lepas. Pada aksi malam ini, skuad 'Helang Merah' berjaya memecahkan kebuntuan menerusi Mohd Hanif Mat Dzahir pada minit ke-42 selepas beliau bijak memanfaatkan hantaran daripada Billy Mehmet Osman.

Kedah menggandakan kedudukan menerusi gol kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-52 hasil kelalaian benteng pertahanan lawan. Kelantan bertambah malang selepas penyerang mereka, Ahmad Fakri Saarani diperintahkan keluar padang pada minit ke-70 oleh pengadil, Samsudin Ibrahim selepas menerima kad kuning kedua.

Muhd Syafiq Ahmad mengesahkan slot separuh akhir untuk skuad Helang Merah kendalian Tan Cheng Hoe pada minit ke-88 selepas menerima hantaran Adam Griffith. Terdahulu, Stadium Darul Aman bergelap kira-kira 15 minit sebelum perlawanan bermula ekoran masalah lampu limpah.

Dua lagi perlawanan suku akhir melibatkan wakil kelab, Polis Diraja Malaysia dan Pahang di Stadium Shah Alam esok serta Johor Darul Ta'zim dan Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 16 Oktober ini. mstar

-- Pernikahan Farhan AF Dan Ahmad Rashadan (Gambar)
-- Jalan Kuala Lipis Gua Musang Sesak Teruk Lori Terbabas (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)  

No comments: