ad ld

Pages

Saturday, December 20, 2014

Syura Dirayu Bekas Suami Rujuk Kembali Kerana Masih Sayang Dan Demi Anak (Gambar)

Bekas suami Syura iaitu Mohd Fadhly Md Yassin merayu penyanyi itu agar menerima cintanya semula dan bersedia untuk rujuk kembali kerana masih mempunyai perasaan sayang terhadapnya.


Mohd Fadhly, 33, berkata, dia berharap Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron bersetuju untuk memulakan kehidupan baharu bersama tiga anak mereka yang sedang membesar.

"Sejak dari awal saya tidak pernah terfikir untuk bercerai tetapi perkara sudah berlaku dan saya sudah pun merujuk dengannya secara lisan bulan lalu. "Tetapi nampaknya dia tetap dengan pendiriannya untuk berpisah dan saya masih berusaha untuk memenangi kembali hati dia," katanya.

Terdahulu, Mohd Fadhly yang merupakan seorang guru sekolah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pengesahan lafaz rujuk yang dibuat terhadap Syura pada 10 November lalu secara lisan. Bagaimanapun kes berkenaan ditangguhkan selepas Syura, 28, yang juga juara program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua, gagal menghadirkan diri pada sidang tersebut.

Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan 20 Januari 2015 untuk sebutan semula kes berkenaan. Mohd Fadhly turut mendedahkan mereka sah bercerai talak satu pada September lalu. Dalam pada itu, Mohd Fadhly berkata, sejak bercerai hidupnya dirasakan kosong tanpa kehadiran isteri di sisinya selain ia mula memberi kesan kepada anak-anak mereka.

"Hidup saya kosong tanpa dia dan ia mula memberikan kesan kepada anak-anak kami yang sedang membesar. "Saya tidak pernah bencikan dia malah menyintai dia namun keputusan sama ada untuk meneruskan perkahwinan ini terletak ditangannya," kata Mohd Fadhly.

Sementara itu, Mohd Fadhly berkata, dia reda sekiranya Syura masih dengan keputusannya dan berhasrat untuk memohon pertukaran sekolah dari Kuala Lumpur  ke Johor Baharu bagi membolehkan dia membesarkan tiga anak mereka di sana. "Sekiranya tiada lagi jodoh di antara kami, saya akan memohon pertukaran sekolah di Johor supaya dapat membesarkan anak-anak yang kini di bawah jagaan ibu saya," katanya. mstar

--  Gambar Anak Kembar Nurul Syuhada Nurul Ain
--  Gadis Cantik Ditoreh Pipi Penyamun Di Pasir Putih (Gambar)
--  Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar) 

No comments: