ad ld

Pages

Wednesday, November 19, 2014

Vie Santie Isteri Eizlan Yusof Fail Pengesahan Lafaz Cerai (Gambar)

Isteri kepada pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.


Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Sunday, November 9, 2014

Pernikahan Elly Mazlien Dan Azmi Hatta (Gambar)

Dengan dua kali lafaz, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein akhirnya bergelar isteri kepada pengarah drama Azmi Hatta, 38, dalam satu majlis yang diadakan di Surau As Sakinah.


Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Syed Hanafi Syed Abdullah kira-kira pukul 11.45 tengah hari. Ia turut disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Kariah Taman Putra Perdana, Ustaz Ahmad Baie Jaafar.

Saturday, November 8, 2014

Matahari Terbit Lagi Drama Terbaik ASK 2014 (Gambar)

Drama terbitan Al Hidayah Production berjudul Matahari Terbit Lagi diangkat sebagai Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Drama yang diterajui oleh pelakon Syed Ali, Mubarak Majid, Mimi Ernida dan Shawal Ruslan itu menewaskan drama lain seperti Balqis. 

Sunday, November 2, 2014

Pahang Juara Piala Malaysia 2014 Tewaskan JDT Melalui Penalti (Gambar)

Impian Johor Darul Takzim (JDT) untuk membawa balik trofi Piala Malaysia lebur apabila tewas kepada Pahang secara penalti 5-3 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.


Bagaimanapun kejayaan penuh dramatik yang dirangkul skuad Tok Gajah ini bukan mudah kerana terpaksa bekerja keras selepas perlawanan diheret ke masa tambahan sebelum aksi penentuan penalti selepas mencatat kedudukan seri 2-2 pada tempoh permainan sebenar.