ad ld

Pages

Tuesday, December 22, 2015

Adira Sah Isteri Kedua Datuk Seri, Status Datin Red Jadi Viral Di Media Sosial

Baru-baru ini industri hiburan dikejutkan dengan berita penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasi, Adira telah pun berkahwin. Berita itu turut dijadikan viral di media sosial setelah seorang wanita yang bernama Datin Red memberitahu menerusi instagram bahawa dirinya kini berkongsi suami dengan Adira.


Akhirnya semua terjawab apabila Adira, 24, mengesahkan dia kini isteri kedua kepada Datuk Seri selepas berkahwin dengan lelaki itu kira-kira tiga minggu lalu.

"Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak. Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu," katanya. mediahiburan

-- Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2 Raih RM100ribu Dan Percutian Ke Sepanyol RM30ribu
-- Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Mangkat Akibat Kanser Di Usia 25 Tahun
-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Monday, November 30, 2015

Siti Nordiana Bangkit Di Gegar Vaganza 2 (Gambar)

Jatuh naik sesebuah karier sudah menjadi asam garam buat mereka yang bergelar anak seni. Biarpun populariti berjaya diraih namun itu bukanlah satu jaminan buat mereka mempertahankan karier dalam industri hiburan ini.

Monday, November 2, 2015

Perkahwinan Asyraf Datuk K Dan Nurtria Model Indonesia Di Hotel Majestic (Gambar)

Anak tiri kepada Datuk Siti Nurhaliza, Muhammad Asyraf Khalid sah bergelar suami kepada model dan pelakon Indonesia, Nurtria Wulandari Ariffin, malam tadi. Pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz serta mas kahwin RM1,000.


Majlis berlangsung di Hotel Majestic dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

-- Perkahwinan Anas Datuk K Dan Nasha Allysa Datuk Hishammuddin (Gambar)
-- Majlis Resepsi Jaclyn Victor Dan Shawn Rivera Az Yet (Gambar)
-- Nadia Annuar TV3 Putus Cinta Sammy Simorangkir Kerispatih Kerana Perbezaan Agama (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar) 

Thursday, October 22, 2015

Anak Kedua Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel (Gambar)

Hayla Maghfiratul Adzkiyaa nama anak kedua Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Wawa Zainal bersalin anak keduanya 18 Ogos lalu dan kini bayinya Hayla berusia dua bulan.


Gambar Pelancong Bogel Di Semporna Disiasat Polis

Polis sedang mengesan beberapa individu berhubung penyebaran gambar bogel sekumpulan pelancong yang didakwa dirakam di sebuah pulau di daerah Semporna Sabah.


Monday, October 12, 2015

Sufi Juara AF2015 Kalahkan Syamel Dan Bila

Sufi dari Singapura muncul juara Akademi Fantasia AF2015 menewaskan Syamel di tempat kedua dan Bila di tempat ketiga. Sufi meraih hadiah wang tunai RM50 ribu, pakej percutian ke Dubai dan trofi.


Syamel yang menyanyikan lagu ciptaannya sendiri membawa pulang hadiah wang tunai RM30 ribu dan hadiah sampingan.

Friday, October 2, 2015

Nabil Ahmad Menunaikan Haji (Gambar)

Pengalaman mengerjakan ibadah haji buat kali pertama menjadikan Nabil Ahmad lebih bersyukur selepas melihat pelbagai kesusahan dilalui jemaah lain untuk melengkapkan rukun Islam kelima itu. Nabil berkata terdapat jemaah haji yang serba kekurangan melaksanakan tanggungjawab mereka termasuklah ada yang terpaksa tidur di tepi-tepi jalan dalam keadaan serba kekurangan.


Julia Ziegler Berbikini Di Pulau Redang (Gambar)

Julia Ziegler bersedia menerima kritikan orang ramai gara-gara keterbukaannya berkongsi gambar-gambar seksi dengan berbikini dalam percutian di Pulau Redang, Terengganu. Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 31, berkata, dia enggan terlalu menjaga hati masyarakat dan memikirkan kritikan pengguna laman sosial yang hanya tahu mencari kesalahan artis.


Saturday, September 19, 2015

Wanita Tahan Kaki Sebabkan Lelaki Tua Dukung Budak Tersadung Jatuh Dipecat (Gambar)

Seorang jurukamera wanita yang bertindak biadap menahan kakinya bagi menjatuhkan seorang pelarian Syria yang sedang mendukung kanak-kanak telah dipecat.

 

Friday, September 18, 2015

Mayat Kevin Morais Ditemui Dalam Tong Konkrit 5 Suspek Ditahan (Gambar)

Selepas dua minggu kes kehilangan Anthony Kevin Morais terjawab apabila polis menemui mayatnya dalam tong konkrit di USJ1 awal pagi Rabu. Pasukan khas polis bergegas ke lokasi selepas memperoleh maklumat berkaitan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara itu sejak pukul 6 pagi.


Wednesday, August 5, 2015

Anak Anak Artis Yang Comel (Gambar)

Gambar anak anak selebriti Malaysia yang comel. Jom tengok aksi-aksi mereka.


Monday, May 11, 2015

Pernikahan Fahrin Ahmad Dan Elena Hani Eleas Ketua Pramugari Emirates Di Sime Darby Convention Centre (Gambar)

Fahrin Ahmad selamat bernikah dengan ketua pramugari syarikat penerbangan Emirates Airlines Elena Hani Eleas dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi 9 Mei di Sime Darby Convention Centre dengan mas kahwin sebanyak RM80.


Pernikahan ini juga menjawab persoalan mengenai wanita manakah yang bertakhta di hati Fahrin selama ini. Fahrin dan Elena memutuskan untuk membina masjid selepas menjalinkan hubungan cinta kurang daripada satu tahun.

Sunday, April 26, 2015

Pernikahan Sam Bunkface Dan Aida Azira Di Dewan Sapura Mines Resort City (Gambar)

Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam selamat bergelar suami kepada seorang penerbit program televisyen TV3 iaitu Aida Azira Husin, 28, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.24 pagi, Sabtu.


Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, dan Aida Azira dinikahkan oleh jurunikah Masjid Al-Islah Serdang Jaya, Mohd Ramizi.

Pada majlis yang diadakan di Dewan Sapura, Jalan tasek, Mines Resort City, Seri Kembangan, Sam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin lelaki turut menyerahkan empat dulang barangan hantaran iaitu Al Quran, mas kahwin, cincin, sejadah dan set telekung. Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas tiga dulang iaitu Al Quran, Cincin, dan sejadah.

--  Istiadat Bersanding Putera Sultan Brunei Di Istana Nurul Iman (Gambar)
--  Makanan Paling Menggemukkan Di Malaysia Melalui Kalori Jom Tengok
--  Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan R&B Cover (Gambar)
--  Amar Baharin Cedera Ditumbuk Ketika Penggambaran (Gambar)
--  Bapa Adam Adli Meninggal Dunia Kemalangan (Gambar)

Friday, April 24, 2015

Bapa Adam Adli Meninggal Dunia Kemalangan (Gambar)

Bapa aktivis Adam Adli,  Abdul Halim Abdul Hamid, 55, meninggal dunia awal pagi tadi selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.


Perkara tersebut dimaklumkan Adam dalam laman mikro Twitternya awal pagi tadi. "Ayah sudah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Al-fatihah," tulisnya.

Jenazah Allahyarham Abdul Halim akan dikebumikan di Kepala Batas, Pulau Pinang selepas solat Jumaat.

--  Istiadat Bersanding Putera Sultan Brunei Di Istana Nurul Iman (Gambar)
--  Makanan Paling Menggemukkan Di Malaysia Melalui Kalori Jom Tengok
--  Johan Cium Mulut Ozlynn Di ABPBH 2014 Dikritik Peminat (Gambar)
--  Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan R&B Cover (Gambar)

Sunday, April 19, 2015

Pelakon Hantu Kak Limah Meninggal Dunia (Gambar)

Dunia hiburan tanah air sekali lagi menerima berita sedih apabila pelakon yang pernah membintangi filem Hantu Kak Limah, Azwan Annuar dilaporkan telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.15 pagi.


Menurut Pengurus Produksi Enjit Semut Sdn Bhd (syarikat pengarah, Mamat Khalid), Norhashimi Samsudin, beliau telah menghubungi telefom bimbit Allahyarham sebaik menerima berita itu kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Friday, April 10, 2015

Johan Cium Mulut Ozlynn Di ABPBH 2014 Dikritik Peminat (Gambar)

Ketika diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular bagi Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) Johan secara spontan telah mencium bibir isterinya, Ozlyn sebelum naik ke pentas menerima trofi kemenangannya.


Tindakan yang dilakukan oleh Johan walaubagaimanapun telah mendapat pelbagai komen di laman sosial. Ada yang tidak kisah dengan tindakan mereka, tapi ada juga yang mengkritik hebat.

Tuesday, March 31, 2015

Erra Fazira Dan Engku Emran Bersatu Sambut Majlis Hari Lahir Engku Aleesya (Gambar)

Biar pun sudah tidak lagi bergelar suami isteri, penyanyi Erra Fazira dan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin tetap profesional dan meluangkan masa bersama bagi meraikan majlis sambutan hari lahir puteri tunggal mereka, Engku Aleesya yang keenam.


Majlis berlangsung begitu meriah sekali dengan bertemakan Cinderella.

Monday, March 30, 2015

Pernikahan Najwa Tan Sri Muhyiddin Dan Idris Koh Di Sri Satria Putrajaya (Gambar)

Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Najwa, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Idris Koh Keng Hui di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, Sri Satria.


Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan pada majlis yang berlangsung pada 11.40 pagi, di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat dan Khatib Dr Sirajuddin Suhaimee.

Thursday, March 26, 2015

TMJ Dan Che Puan Khaleda Di Majlis Makan Malam Diraja (Gambar)

Majlis Makan Malam bersempena dengan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor dirai secara sederhana tetapi meriah yang dihadiri oleh pembesar-pembesar negara serta tetamu VIP.


Difahamkan majlis tersebut ialah ‘private function’ tanpa jemputan pihak media untuk membuat liputan.

Wednesday, March 25, 2015

Adi Putra Masuk Hospital Disyaki Slipped Disc (Gambar)

Adi Putra telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur selepas mengadu diserang sakit urat pada bahagian tulang belakang.


Memetik laporan yang dikeluarkan, Adi memberitahu dia diserang sakit belakang ketika menghadiri promosi filem tersebut sehingga memaksanya meninggalkan majlis lebih awal untuk mendapatkan rawatan.

Lima Makanan Paling Bahaya (Gambar)

Beberapa makanan yang mungkin menjadi makanan kegemaran kita namun di sebalik keenakkannya, ia sebenarnya boleh menjadi bahaya kepada kesihatan jika tidak dikawal.


Hotdog. Kajian Akademi Pediatrik Amerika mendapati hotdog punya choking hazard, terutamanya bagi kanak-kanak. Mereka menyarankan agar hotdog diletakkan label tersebut, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

Monday, March 23, 2015

Isteri Nabil Bersalin Anak Kedua (Gambar)

Tahniah kepada pelawak Nabil dan isteri di atas kelahiran cahaya mata kedua mereka. Bayi perempuan comel ini telah dilahirkan pada 18 Mac 2015, jam 1.03 petang dengan berat 3.2kg.


Semoga dengan kehadiran baby girl ini dapat memeriahkan lagi rumah tangga Nabil sekeluarga. Kepada Zira selamat berpantang! Tahniah sekali lagi. Nabil dan isteri telah disatukan pada 30 September 2011 dan sudah memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Naira Mikayla yang kini berusia 2 tahun.

-- Kepala Nazim Othman Berjahit Selepas Pembedahan (Gambar)
-- Nabil Ahmad Terkejut Isteri Bersalin Awal Tiga Minggu (Gambar)
-- Diana Danielle Seksi Jadi Model Majalah (Gambar)
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)

Wednesday, March 11, 2015

Diana Danielle Seksi Jadi Model Majalah (Gambar)

Facebook dan Twitter hari ini dikejutkan dengan tersebarnya foto aksi seksi dan menggoda aktres Diana Danielle yang khabarnya menjadi model untuk majalah Esquire Malaysia keluaran bulan ini.


Rata-rata pengikut nyata terkejut dengan imej seksi yang ditampilkan Diana menerusi majalah itu, yang mana salah satu fotonya menampilkan isteri Farid Kamil ini tampil dengan hanya memakai bra hitam dan membalut dirinya dengan bendera Amerika Syarikat.

Sunday, February 15, 2015

Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)

Dengan sekali lafaz, pelakon Norliana Bt Samsudin atau lebih dikenali sebagai Yana Samsudin telah sah menjadi isteri kepada Fadzil Bahri B Dato Dr Zahari di kediaman keluarga pihak perempuan di Yong Peng, Johor.


Pengantin perempuan telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran sebanyak RM50,000. Pihak lelaki menyediakan lima dulang hantaran dan berbalas tujuh hantaran daripada pihak perempuan.

Wednesday, February 11, 2015

Isteri Hisyam Hamid Kini Bertudung (Gambar)

Hisyam Hamid telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan isterinya, Mel tampil berhijab. Menerusi komen-komen yang diberikan oleh peminat di akaun Instagram miliknya rata-rata memuji penampilan isterinya itu.


Isteri Hisyam mengesahkan tentang imej barunya itu. "Betul, itu adalah penampilan terbaru saya yang mana mula mengenakan hijab semalam sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura.

Monday, January 19, 2015

Nurul Wahab Bersalin Tak Cukup Bulan Melalui Pembedahan Anak Lelaki Kedua 2.48kg (Gambar)

Nurul Wahab baru saja selamat melahirkan anak kedua hasil perkahwinannya dengan Eric Daniel Depp, sebelum ini anak sulung pasangan ini bernama Zachary Depp.


Untuk rekod Nurul mempunyai seorang cahaya mata perempuan bersama bekas suami, Ajai. Bayi lelaki yang tersebut telah dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, jam 4.43 petang 15 Januari lalu seberat 2.48 kilogram dan dilahirkan secara pembedahan.

Friday, January 16, 2015

Nurul Izzah Dan Raja Ahmad Shahrir Bercerai Talak Satu (Gambar)

Perkahwinan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berakhir hari ini selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah.


Raja Ahmad Shahrir, 36, ketika melafazkan cerai itu dengan lancar dan tenang berkata, "Saya Raja Ahmad Shahrir Iskandar dengan ini menceraikan isteri saya, Nurul Izzah Anwar dengan talak satu mulai hari ini".