ad ld

Pages

Sunday, February 15, 2015

Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)

Dengan sekali lafaz, pelakon Norliana Bt Samsudin atau lebih dikenali sebagai Yana Samsudin telah sah menjadi isteri kepada Fadzil Bahri B Dato Dr Zahari di kediaman keluarga pihak perempuan di Yong Peng, Johor.


Pengantin perempuan telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran sebanyak RM50,000. Pihak lelaki menyediakan lima dulang hantaran dan berbalas tujuh hantaran daripada pihak perempuan.

Pernikahan ini disempurnakan oleh jurunikah Imam Shamsul Rizalaris B Abd Hamid. Majlis ini diadakan secara sederhana dengan hanya dihadiri oleh keluarga, sanak saudara, kenalan rapat dan wartawan sahaja. Manakala majlis persandingan pasangan ini akan diadakan secara besar-besaran di Dataran Gemilang Yong Peng.

--  Gambar Sekitar Pengkebumian Tok Guru Nik Aziz
--  Salima AF Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
--  Nurul Wahab Bersalin Tak Cukup Bulan Melalui Pembedahan Anak Lelaki Kedua 2.48kg (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments: