ad ld

Pages

Friday, September 18, 2015

Mayat Kevin Morais Ditemui Dalam Tong Konkrit 5 Suspek Ditahan (Gambar)

Selepas dua minggu kes kehilangan Anthony Kevin Morais terjawab apabila polis menemui mayatnya dalam tong konkrit di USJ1 awal pagi Rabu. Pasukan khas polis bergegas ke lokasi selepas memperoleh maklumat berkaitan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara itu sejak pukul 6 pagi.


Operasi yang dijalankan menemui mayat mangsa di kawasan paya bertentangan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chee Wen di Jalan Subang 3. Difahamkan mayatnya dimasukkan ke dalam guni yang diikat sebelum dimasukkan ke dalam tong yang kemudiannya disimen dan seterusnya dibuang di paya berkenaan.

Terbaru seorang lagi suspek berusia 22 tahun ditahan berkaitan kes tersebut menjadikan jumlah yang ditahan reman seramai 5 orang. Tangkapan terbaru itu dibuat di Kulim Kedah.

Morais 55 kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q. mstar

--  Lisa Surihani Bersalin Anak Perempuan
--  Terjah Jeruk Madu Pak Ali Di Kilang Pemprosesan Seberang Prai Pulau Pinang
--  Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan R&B Cover (Gambar)
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)
--  Pernikahan Fahrin Ahmad Dan Elena Hani Eleas Ketua Pramugari Emirates Di Sime Darby Convention Centre (Gambar)

No comments: